Wednesday, December 31, 2008

Happy New Year 2009

" Bring out the old, bring in the new. A wish to share with you. It's new year's eve and hopes are high. Kiss one good bye, another chance another start, so many dreams to tease to leave the heart. May I wish you a perfect year in 2009 "
Hari ni hari terakhir tahun 2008 dan esok bermulalah episod pertama bagi tahun 2009. Sedar tak sedar, begitu pantas masa berlalu... Azam tahun baru ??? Seperti biasa, azam tahun baru nak tingkatkan apa yang kurang...
Tahun 2008 berlalu dengan kehadiran seorang lagi ahli dalam keluarga kami iaitu Adib Zaquan pada 20 Mei 2008. Alhamdulillah, ini bermakna semakin bertambah rezeki. Perkembangan karier macam biasa jer... rezeki masih kat tempat tu. Moga-moga tahun 2009 dapat kembangkan karier kat tempat baru yang lebih baik.

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

1 Muharram 1430 bersamaan 29 Disember 2008.
Ya Allah... seketika di akhir tahun ini, InsyaAllah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan dan sayangilah kami sekeluarga. Berkatilah keluarga kami, sihat tubuh badan, limpahkan rezeki kami, jauhkan fitnah penganiayaan dan penghinaan, suburkan keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan doa dan cita-cita kami yang murni... AMIN YA RABBAL A'LAMIN !

Friday, December 26, 2008

Botak









Dah gonjeng kepala tiga beranak nih.... babah gunting sendiri rambut Adam n Adib guna mesin gunting rambut baru beli tu. Cam senang je mama tengok. Lega skit mata mama tengok rambut Adib dah macam tu.
Hah, lepas ni memang gunting sendiri la rambut hero-hero kat rumah ... tapi kalau rambut babah, sapa yang nak buat ????????? Satu soalan yang mama sendiri tak nak jawab.....

Kindergarten

Semalam 25hb. Disember 2008, mama n babah bawak Adam registration for kindergarten kat Tadika Tunas Bestari, 18/3 Seksyen 18. Memang dah decide nak hantar Adam kat situ memandangkan that's the best and taklah mahal sgt... itupun jumlah semua yuran and macam-macam lagi plus uniform sekolah and kelas fardhu ain dah lebih 1k. Tambang bas sekolah pun dah RM42.00 sebulan.... agak mahal jugak walaupun tadika ni dekat je ngan rumah.. Zaman sekarang, memang kos sara hidup memang tinggi.
Adam memula nak pegi tu, cam biasala nak tak nak je..asyik cakap tak nak gi sekolah. Puas gak pujuk, last-last babah janji nak belikan transformers ok la sekejap. Sampai kat sekolah, settlekan :-
yuran pendaftaran RM100
yuran tahunan RM100
buku & alat tulis RM180
lawatan RM 40 (cikgu dia kata melawat zoo & pusat sains negara)
sukan RM 50
graduation RM 30
rawatan RM 10
bukur report RM 20
komputer RM 80 (software+buku+sijil)
uniform RM 70 (2 pasang)
yuran tadika RM150 (8.30am-11.30am)
fardhu ain + transit RM130 (transit, 11.30 -1.30pm) (kelas fardhu ain,1.30-3.30pm)
daftar Fardhu ain RM 60
transport RM 52 (tambang Januari RM42 & pendaftaran)
add. baju kelas fardhu ain (baju melayu putih+sampin hijau) kena beli kat luar. so beli la 2 pasang dah almost RM40.
TOTAL = RM 1,112.00
Orientation day on January 5-7 2009. Cuti mama dah approved on 5 & 6 Jan. je.. So excited nak tengok Adam masuk kindergarten nanti, harap2 Adam cepat sesuaikan diri dan semoga Allah terangkan hati Adam untuk belajar. AMIN !

Monday, December 22, 2008

Selamat Pengantin Baru


21 Disember 2008 @ Dewan Orang Ramai PJS 1

"Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat"

Akhirnya selamat jugak coursemate aku masa study kat UM ni, Wadi kawen ngan gadis pujaan hati dia, Fiza. Lama jugak diorang couple....
Happy sangat dapat jumpa Fahmi n Saibi kat situ selepas 2 tahun tak jumpa. Terkilan sebab Amy datang lambat/ tak datang langsung... we all memang dah plan nak jumpa kat sana. Paling lama tak jumpa Amy, anak dia pun aku tak tengok-tengok lagi.

Genting Highlands

20th Dec. 2008 (Saturday) At Genting Skyway.
* RM5 per pax. Adam's free admission.



Genting Outdoor Theme Park,
* RM38 - Adult, RM27 - Children
Without the well-planned, here we come to Genting Highlands. But we really enjoyed the fun. Kesian Adib Zaquan kena tinggal kat umah je..... Hopefully next time dapat bawak Adib and stay a night sana.

Flying Jumbo ;

Mama tumpang sekaki naik Astro Fighter ;

At Pirate Train ;

Adam enjoyed feeding the fish.


Kalau ikutkan hati tu banyak lagi mama nak try especially yang Top 5 attractions :- Space Shot, Corkcrew, Flying Dragon, Flying Coaster and Cyclone tapi cuaca yang tak mengizinkan. Banyak yang dah stop operation sbb hari hujan......
Babah ngan Acik naik Cyclone. Tapi mama sempat jugak try thrill rides seperti Pirate Ship and Spinner. Tapi boleh plak fening kepala naik Tea Cup :(
Lastly we all naik Antique Car, with a very good driver iaitu Adam Zharfan.
Next time datang, must try all rides ;)

Monday, December 15, 2008

Pusat Sains Negara









Weekend lepas we all pegi PSN sbb ada School Holiday Camp kat situ anjuran Astro. Dua hari berturut-turut pegi plak tu... memula pegi ari Sabtu tu sampai PSN, Bukit Kiara dah dekat jam 3.30 petang. Sampai je kat pintu gate masuk baru we all realize that dapat masuk free if bawak Astro statement (bil la tu). Mana la nak tau... alih-alih kena la beli tiket masuk RM6 seorang untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak below 12. Dah tak pasal-pasal melayang RM15 petang tu.... 1st time masuk cam excited semacam. Dah masuk jumpa aquarium ikan yang besar ala-ala kat Aqua KLCC tu.... Adam memula cam cuak je..biasala nak tunggu warm up dulu baru la ok mood dia tu... Time we all sampai tu ada stage show Ben 10. Wah.... favourite Adam ada, but still Adam tak warm up lagi. Masih takut-takut berani. At last dapat la bergambar ngan cartoon favourite dia tu.... Then, we all tengok-tengok pameran yang berkaitan sains, teknologi dan angkasa lepas. It's a good knowleadge to create minat Adam terhadap sains.

Belum habis round, baru sedar tempat tu tutup jam 5.00pm. Aik sekejap je la dapat tengok aritu. But Babah dah cakap esok nak datang lagi sbb tak sempat round habis.

Hari Ahad gerak awal skit n bwk Adib gak, kul 12.30 dah sampai sana. Dapat masuk percuma sebab ada Astro bil.. he..he..he.. jimat duit !!! Mak oii, makin ramai orang ari ni tapi xdela sampai bersesak-sesak. Yang jadi sesaknya sebab nak dapatkan goodies/ gift percuma je... Acik sempat lagi bergambar dengan Putera Shazlan....









Friday, December 12, 2008

Aqiqah




9 December 2008, Aqiqah untuk Adib Zaquan.

Alhamdulillah dah selamat buat aqiqah untuk Adib Zaquan. Buat kenduri besar la jugak sebab campur ngan daging korban lagi. Kat rumah tu ada jugak sembelih 2 ekor lembu, sekor tu YB kawasan yang bagi dan lagi sekor my ayah share adik beradik buat korban. My mak, Ajat buat korban n aqiqah Adib sembelih kt Jeniang sana nun. Dah pepagi kul 6 dh kena gerak pi sana.

Alhamdulillah ramai yang datang dah macam buat kenduri kawen plaks... yang lawaknya, siap tak cukup daging nak buat masak. Dah terpaksa ambik balik daging korban yang buat simpan untuk stok... tapi syukur sampai ke malam ada je tetamu datang.

Sunday, December 7, 2008

4th Year Birthday



7 December 2008, Selamat Menyambut Hari Lahir Ke-4 Adam Zharfan

" Happy Birthday sayang.... Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan ceria. Mama sentiasa mendoakan Adam menjadi anak yang soleh dan juga menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama dan negara ".

Wah, dah makin besar anak aku yang sorang ni. Tahun ni 1st time celebrate besday kat rumah Atok di Alor Setar Kedah. Just buat simple besday party sebab semua dok sibuk nak buat rendang ngan ketupat, esok ( 8 Disember 2008) dah nak Raya Haji..

Saturday, December 6, 2008

5th Year Wedding Anniversary

6 December 2008, Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-5.
Sedar tak sedar dah 5 tahun usia perkahwinan kami. Teringat pulak saat diijab kabulkan pada tanggal 6hb Disember 2003 jam 11.00 pagi di Masjid kampung halamanku berwalikan bapaku sendiri. Maka dengan rasminya aku sah bergelar seorang isteri kepada suamiku kini iaitu Mohd Fadzil bin Mahat. Syukur alhamdulillah hingga ke saat ini kami bahagia dengan dikurniakan dua cahaya mata yang comel dan cerdik iaitu Adam Zharfan dan Adib Zaquan. Semoga cahaya kebahagiaan sentiasa menerangi kami sekeluarga.... AMIN!

Thursday, December 4, 2008

BM + FM

Nak update skit pasal Adib Zaquan.
(*Note: BM=Breast Milk, FM=Formula Milk)
Masa aku demam panas arituh, susu merudum giler. Time pump skit je dapat. Dah sudahnya, terpaksa bagi semua stok2 susu dalam chest freezer tu. Tapi... sampai habis Adib minum susu stok aku. Oh tidakkkkkkkkk. Macam tak percaya stok susu aku yang banyak tu habis. Sedih giler tengok stok susu dalam frrezer tu dah kosong. Dan yang paling sedih, terpaksa bagi Adib minum susu FM for the 1st time on 19th Nov. 2008. A day before Adib going to age 6 month on 20 Nov.2008. Sedey woooo, aku siap nangis lagi tengok Adib minum FM. Tapi syukur alhamdulillah sbb aku berjaya menyusukan Adib sepenuhnya dengan BM. tu pun dah cukup bersyukur bagi aku sbb Allah beri rezeki susu ibu yang melimpah ruah kt Adib hingga kini walaupun dah kurang production. Sudahnya sampai sekarang Adib minum BM+FM tiap-tiap hari sbb susu yang aku pump hari-hari mmg ngam-ngam je untuk Adib minum for that day. Memang x dpt nak buat stok. Tapi aku tetap usaha makan/ minum macam2 yg boleh banyakkan susu cam air longan dengan harapan boleh penuhkan semula chest freezer aku tu ngan stok EBM. YAKIN BOLEH !!!
Lagipun Adib dh makan solid food (bubur nasi blend, biskut Farleys n ground oat yg dah blend halus) ada gak cuba bagi adib makan puree epal, tapi dia muntahkan balik n buat muka geli-geleman plak. then try beli gerber epal pun x jalan gak. sudahnya, Adib poo sekali je sehari n agak kental. time malam dh mula gelisah sbb perut x selesa. selalunya poo 1 hari 2-3 kali. sudahnya, bagi makan pisang montel yg dah lenyek. Adib makan la jugak setengah walaupun buat muka geli-geleman tu... ha, barula senang skit poo.
Adib kalau time makan ubat memang susah sgt. Menjerit2 dia nangis xnak makan. Ubat dh masuk dlam mulut pun pandai luahkan balik by sembur terus. Mmg totally different with Adam...

Bulan Sakit

Salam, i'm back setelah lama jugak tak menulis dlm blog ni. Tersangat sibuk dengan urusan kat rumah dan juga tempat kerja. Bulan sakit... cam pelik je title aku tulis kali ni. Orang dok sibuk ngan Bulan Senyum, aku plak Bulan Sakit.... mana taknya, sepanjang bulan November hingga ke hari ini tak putus-putus orang dalam rumah aku tu dapat penyakit.
ADIB - Mula dengan Adib DEMAM PANAS pada 5 Nov.2008 and admitted SMC on 7 Nov. for 4 days 3 nights. Dah discharged on 10 Nov then demam balik 13 Nov. plus cirit birit n muntah plak dah. Then bawak jumpa paed. Dr. Yasmin ambik stool Adib, confirm kena infection ROTAVIRUS. Arrgghhh... doc. bagi Hexbio sejenis probiotic campur ngan susu. Alhamdulillah 3 hari dah ok. Satu hari bangun pagi tengok mata Adib penuh ngan tahi mata.Dah sakit mata lak...asyik keluar je tahi mata greenish. Jumpa doc lagi bagi ubat titis mata. Dekat seminggu gak nak baik. Sekarang dah masuk 5 hari Adib dapat batuk ngan selsema. Kesian, malam je susah nak tido batuk teruk n hidung tersumbat.
ADAM - Demam sekejap n also kena cirit birit ngan muntah. Maybe terkena gak jangkitan Rotavirus sbb mmg ia boleh berjangkit. Tapi Adam cepat cover maybe antibody dia dah kuat. Alhamdulillah, sejak Adam umur 3 tahun dah kurang dapat demam or selsema. Kalau tak dulu, tiap2 bulan demam n selsema je.
MAMA - Huh...tak sangka plak mama pun kena demam panas teruk ngn cirit birit. dekat 3 hari jugak tak larat nak bangun. Makan pun xde selera. Nasib baik ada Karsih (maid) dapat jugak handle Adam n Adib n kerja rumah. Betul la orang cakap, kalau mak yang sakit habislah satu rumah tergendala....
KARSIH - Maid aku plak mengadu pusing2 kepala (pening) ngna sakit badan. aku bagi dia makan ponstan ngan panadol. tapi xla teruk sgt rasanya sbb aku tengok dia buat keja cm biasa. dia makan ubat for 3 days then aku tanya dia cakap dh ok. kalau dia sakit, habislah.........
BABAH - Dapat demam panas gak... tapi on off. Dah makan ubat ok sekejap. Then babah kena pi site kat sg udang for a week. balik ari jumaat tu demam lagi. tapi sempat lagi pi main bowling tournament kt damansara ari sabtu..... balik main bowling terus je baring sampai la ke hari isnin (3 dec.). pegi klinik ambik ubat demam lagi n suggest ambik darah. tengok2 plat darah merah kurang and doc. suspect denggi coz mmg area shah alam tu famous ngan kes denggi lately. Ari selasa malam terus suruh hubby gi SMC buat follow up, risau denggi ni bahaya. Admitted SMC. kena drip almost 3 bottle. Semalam suruh hubby minum air 100 plus banyak2 n makan sup ketam. SUP KETAM? Hah...mak aku petua makan tu and buat pertama kalinya dalam hidup aku beli, cuci and masak ketam. tu pun nasib baik pekerja kat Giant tu sanggup nak tolong aku potongkan ketam bunga tu. kalau tak, entah macamana aku nak proses potong ketam. Tapi demi suami aku tercinta tu aku sanggup buat semua tu... tahan je la hidung time cuci n masak ketam. Maklumla, aku ni mmg tak makan ketam. ALLERGIC!
Alhamdulillah, pagi td hubby call cakap dah leh discharged petang ni. Huh, lega sbb pertama -hubby dh ok. Kedua - yahoo... dapat la balik raya haji kat kedah hari sabtu ni. Kalau tak, rugi je aku puas memujuk bos aku approved kan cuti aku on 9 n 10 dec tu... nak buat aqiqah untuk Adib raya kedua (9 dec.). bos memula xnak approved sbb ada Exco Meeting plak on 10 dec tapi xkan aku x balik masa aqiqah tu..... tak boleh jadik. tapi akhirnya cuti aku diluluskan. YAHOO!!!
HOME SWEET HOME - Petang ni lepas keja nak jemput hubby kat SMC bwk balik rumah. WELCOME HOME!
Begitulah al kisahnya BULAN SAKIT.