Monday, February 23, 2009

Kembali ke Rahmatullah

Innalillahiwainnahiroji'un.....

Tanggal 18 Februari 2009, Rabu lebih kurang jam 3.30 pagi. Ibu mertuaku, Hajjah Marsiah binti Masrok yang berumur 67 tahun telah kembali ke Rahmatullah semasa sedang tidur. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. AMIN !

AL-FATIHAH.

Tuesday, February 17, 2009

Heavy Workload

Lama sangat tak update memandangkan beban kerja yang bertambah-tambah ni.. boleh dikatakan hari-hari mama dapat migrain.
Adam Zharfan dah semakin ok kat sekolah. Malam je Adam akan nyanyi atau baca apa yang dia dah belajar kat sekolah hari tu. Mama happy tengok progress Adam walaupun pelat still ada lagi. Tapi yang pastinya Adam tido time kelas petang....
Adib Zaquan plak dah tumbuh gigi sebatang kat atas sebelah kanan. At last tumbuh gigi gak masa umur dah nak masuk 9 bulan nih. Kira lambat jugak berbanding Adam dulu 7 bulan dah tumbuh gigi. Adib sekarang dah pandai berdiri sendiri tapi dengan bantuan kerusi atau dinding la. Kalau dah berdiri tu nak lepaskan tangan je...macam dah pandai. Ewah, ewah, ewah Adib ni suka buat mama cuak. Badan pun dah bulat. Mana taknya, pagi makan oat campur pisang. Tengahari, petang n malam makan bubur nasik. Susu pun kuat minum. Kan dah chubby.
Takpelah, mama sentiasa doakan Adam n Adib sihat selalu.

Saturday, February 14, 2009

Happy 34th Birthday

My Dear Abang,
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-34. Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungan rahmatNya.
Daripada - Mama, Adam Zharfan dan Adib Zaquan

Wednesday, February 4, 2009

Duit Melayang

Lama tak update kat sini sebab busy sesgt dgn keja yg x penah2 abis kat opis...
Kereta dah repair Isnin lepas. Al kisahnya, masa pagi2 babah nak start enjin tetiba lak x bleh. Dah cuak, apa ka halnya lagik nih??? Petang Ahad tu dah jadik macam tu sbb bateri dah kong, bawak pi charge berjam-jam gak n start enjin hidup. Tapi tetiba lak pagi Isnin tu dah xleh start lagi. Ingat bateri tu expired, then babah beli bateri baru. Melayang la RM210 pagi tu.... then start keta terus bawak pegi workshop kat area Sri Muda. Sampai ke pukul 6 petang baru settle, kesian babah dari pagi kul 9 kat sana tak makan tak minum apa pun. Alhamdulillah kereta dah ok dengan melayang lagi RM284.00.
Petang tu jugak bawak Adam n Adib pi Giant beli barang... kesian, dah lama tak jalan2 sejak kereta rosak.

Tuesday, February 3, 2009

D Latest

Adam Zharfan walaupun dah masuk tadika dekat 1 bulan masih tak biasakan diri lagi... cuma dah tak nangis kalau mood ok.
Pagi tadi mama keluar rumah lambat skit, apalagi Adam mula la buat perangai x nak pi sekolah sbb nampak mama. Then mama keluar dulu, dia terus nangis sampai kat sekolah. Mama pegi sekolah Adam nak bayar yuran then terus jumpa Cikgu Iza, cikgu kelas Adam. Cikgu ckp Adam dah ok skit cuma ikut mood dia kalau ada aktiviti dalam kelas. Time assembly pagi2 pun dia monyok je.. and mama nampak sendiri tadi Adam duduk je kat belakang sekali masa bebudak lain tgh baca doa n nyanyi lagu Negaraku. Bila cikgu dia panggil masuk dalam barisan, terus nangis je... Aikkk, x abis lagi. Adam...Adam....arini mood betul2 x ok.
Cikgu cakap Adam selalu tido time kelas fardhu ain sebelah petang.... TIDO ???Patutla Adam selalu cakap dia tido kat sekolah! Cikgu suggest Adam x payah ambik kelas tu lagi, sbb Adam letih n ngantuk time belajar petang. Tapi kalau kat rumah tengok cartoon satu hari sampai tgh malam pun tak ngantuk !!!
Adib Zaquan skrg merangkak dah laju. Pantang jumpa dinding atau tpt bergayut mesti bangun berdiri sendiri then dengan bangganya lepas dua-dua tangan. Wah..wah..wah.. ingat kalau jatuh tu atas tilam empuk atau kepala tu dah cukup keras gamaknya. Mama risau je tengok Adib... Kalau atas walker apatah lagi meluncur laju je macam meluncur salji.
Muka dah chubby macam Abang Adam dulu-dulu gak. Pantang tengok orang makan, Adib sibuk la nganga mulut mintak suapkan. Cuma Adib lum tumbuh gigi lagi la.