Wednesday, March 25, 2009

Jodoh

Cakap soal jodoh, ramai lagi kawan-kawan Mama masa study kat UM dulu yang masih belum bertemu jodoh. Mama tak heran sangat pun sebab zaman sekarang ni kebanyakan orang memang suka kawin lambat dan pentingkan karier. Dalam group tu, Mama orang pertama kawin after tak sampai setahun keja...
Masa balik kampung tempoh hari, Atok selalu sgt dok sebut ngan Mama pasal jodoh anak-anak bujang dia. As for me, itu semua ketentuan Allah s.w.t. Soal kawin cepat dan lambat bukan kita yang tentukan... InsyaAllah ! Mungkin rumah tu dah lama sangat tak ada kenduri kawin selepas hampir 6 tahun dulu... he!he!he!
Take it cool - Pesanan penaja untuk Alang n Anjang.

Friday, March 20, 2009

Balik Kampung

Dapat balik kampung Kedah walaupun untuk 3 hari saja... Adam kan main hepi dapat balik jumpa Atok ngan Ashik. Pagi sebelum balik, satu insiden yang tak diingini telah berlaku. Plan nak bertolak balik jam 8 pagi terpaksa ditunda hingga ke jam 12 tgh. atas sebab-sebab pengangkutan yang dapat dielakkan. Mama balik ngan Alang yang drive keta. Babah tak dapat cuti hari ni so babah balik naik bas malam ni lepas keja. kesian Ateh Fazli baru datang shah alam hari khamis dah kena ikut balik kedah semula. sorry la, semua ni memang tak plan pun. main redah jer...
walaupun balik sekejap, dapatla jugak relax otak dari bebanan kerja dan pastinya terubat rindu Atok ngan Awan nak jumpa Adam Adib.
hujung minggu ni nak balik kampung tangkak, ada kenduri arwah mak.

Wednesday, March 4, 2009

Lawatan Sekolah

Esok Adam ada lawatan sekolah ke Zoo Negara. Entah macamana la nanti perasaan Adam pegi sana dengan cikgu n kawan-kawan. Dulu Adam dah pernah ke sana, kalau tak silap masa tu umur Adam 2 tahun lebih... Adam memang excited tengok animals kat situ.
Mama takleh nak imagine macamana la cikgu-cikgu tu nak handle and control bebudak umur 5-6 tahun time tu ??? Mesti pening punyalah dengan macam-macam karenah. Mama risau jugak tapi cikgu tu mesti ada experience nak handle kan !
Mama terpaksa ambik cuti esok sebabnya, Adam balik lawatan lebih kurang jam 1.00pm dan boleh pulak pihak tadika mintak parents datang ambik anak masing-masing time tu sebab kelas fardhu ain esok dibatalkan n lagi yang tak boleh diterima dek akal... time tu xde transport nak hantar balik ke rumah. Logik ke? Mana peginya van sekolah yang hari-hari datang ambik n hantar Adam balik rumah? Itu soalan yang Mama tanya kat pihak tadika. Jawapannya cukup ringkas dan mudah. Time tu memang xde takde transport untuk budak tadika sebab time tu budak sekolah integrasi balik..... Ntahlah, Mama memang takleh terima jawapan tu. Tapi nak buat macamana, kenalah jugak ambik Adam balik esok.
Cuti Mama dah approved. Balance ada 17 hari lagi n kena habiskan sebelum Jun 2009, kalau tak burn macam tu je.... Huh! balance cuti tahun lepas pun dah burn. SAKIT HATI sebab ada bos sorang ni buat keja macam orang bodoh. Takleh nak give and take !!! Dulu kalau Mama nak mintak cuti je... macam-macam la tanya n tak nak bagi approval. Sekarang ni kalau dia tak nak approved, Mama cakap direct je kat dia. "Abih, cuti yang banyak2 ni sapa nak abiskan. Kata takleh carry forward". Hah, puas hati Mama.
School holiday will start by 14th March ni for a week. Mama plan nak ambik cuti balik Kedah la. Adam pun dah lama asyik sebut-sebut nak balik kg. Atok ngan Ashik (sebutan Adam untuk Acik). Harap-harap dapat la cuti 3-4 hari kt kg.