Monday, April 27, 2009

Monday Blues

All my love


Stay cute


Cool


Seperti biasa kalau hari Isnin - Monday Blues. Buat keja pun ala-ala malas gitu... tu yang sempat tulis blog ni, kalau time tak sibuk la. Tapi kalau heavy workload, no more Monday blues!!!

Lega rasanya bila dah settle AGM hari Sabtu lepas. Dah kurang la skit workload mama. Plan nak pegi 'Zoom Malaysia' a.k.a cuti-cuti malaysia tak menjadi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan ;(


Tapi semalam sempat jugak Zoom kat Tasik Shah Alam ...

Monday, April 20, 2009

11 Bulan


Arini Adib dah genap 11 bulan... masih belum boleh jalan. cakap pun belum lagi. makin manja dengan babah. dah tak heran kat mama kalau babah ada. kekadang pun buat tak heran ngan mama kalau dengan karsih. mama terasa hati la jugak bila kekadang Adib tak nak tido ngan mama, kalau tido pun tak nyenyak. tapi kalau dengan karsih, huh tido sampai berdengkur :(

Malam minggu aritu memang mama nak ambik Adib tido ngan mama. tup-tup nak bukak pintu bilik karsih, dia dah kunci pintu. Macam tak bagi mama ambik Adib je ....geram betul ! sebab sebelum tu mama dah inform nak ambik Adib tido ngan mama.

Abang Adam sekarang dah pandai jaga n kawan ngan Adib. Happy sangat tengok time dua beradik ni main sama2.



Anak Soleh

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Sebagai ibu bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w :


" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".


Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan satu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Di antara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.

Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38

Yang bermaksud : Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Di dalam Diri Anak-Anak

Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudut Ibadah

Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentiasa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :

Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak

Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab di hadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :


مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

( رواه أبو دأود والترمذي )

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.

Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal

Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sihat. Dan akhirnya mendorong seseorang ke arah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

Yang bermaksud : “ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”.

Friday, April 10, 2009

Fast & Furious April

Bulan April adalah merupakan bulan yang terlalu sibuk dalam diari kerja mama... sampai ke hari ini mama dah menjelajah ke Perak, KL, Selangor dan Kuantan Pahang bagi taklimat pasal projek Anugerah Balai Polis Cemerlang 2009 bersama JPNIN. Tak tau lah next nak ke mana plak ni? Mungkin ke Kuching Sarawak... travelling memang memenatkan badan. Hujung bulan ni plak ada AGM.
Semalam mama sampai rumah dari kuantan dah hampir jam 10 malam. Adib pulak demam skit, so merengek je la. Pagi tadi bawak karsih buat medical check up Fomema kat klinik di sect.18 untuk renew visa kerja dia yang akan expired bulan depan. Harap2 tak ada penyakit tapi mama yakin dia ada PENYAKIT LUPA !!! he..he..he.. Mana taknya, selalu sangat lupa nak padam lampu terutama kat bilik air dan berkali-kali jugak lupa nak tutup bekas gula sampai semut pun dah berkampung kat dalam tu...
Pejam celik dah hampir setahun dia keja ngan mama and so far alhamdulillah takda masalah besar. Masalah-masalah kecik tu biasala. That's mean at the same time, umur Adib pun dah nak cecah 1 tahun pada 20 Mei depan.
Begitu pantas masa berlalu ...