Monday, September 28, 2009

Kerja selepas cuti raya

Dah mula kerja Jumaat lepas (25hb. Sept.) tetapi baru hari ni mula buat kerja ala-ala manja gitu. Al-maklumlah masih di dalam mood raya. Apakah mood raya ini akan terus berkekalan sehingga ke penghujung Syawal ;-p ??? Memang dasar pekerja yang sungguh tak produktif... ahaks!

Every weekend selepas ini adalah aktiviti memenuhi jemputan rumah terbuka dan menambahkan berat badan termasuklah membunciskan perut.

Pintu rumahku akan sentiasa terbuka, jika ada permintaan.

SELAMAT HARI RAYA.

Sunday, September 20, 2009

Album Raya








SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430 H


KAMI SEKELUARGA




ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA SAUDARA MARA DAN KENALAN.

Monday, September 14, 2009

Mood Raya

Semakin dekat nak raya semakin dekatlah hatiku dengan kampung dalam mood malas bekerja dan juga malas nak update blog. Ngeeee. Kalau bab merehatkan bijik mata, huh rajin sungguh. Apakah??? Baju raya tak siap lagi nih. Ingat nak serbu K. Ram Tailor kat Medan Mara tengahari ni. Agak2 siap ke???
Yang sabar menanti;

Wednesday, September 9, 2009

Yahoo

Bukan nak cerita pasal Yahoo dot com dot mai or Yahoo Mail tapi Yahoo pasal cuti raya mama dah approved 16 - 24 Sept. 2009. YAHOO !!!

Tapi mata TETAP NGANTUK ! Apa kes ???

Thursday, September 3, 2009

Purse




Dah beli tadi kat Sogo ...


Message to Babah :- Jangan lupa ye janji kita ...


Mood Malas

Time bulan posa ni ntah napa ntah mama selalu sangat dalam mood malas nak buat keja. Asyik sangap ja pagi2 sampai ke petang. Apakah? Bulan posa jugaklah mama jadik tukang bukak pintu ofis tiap2 pagi sebab sampai ofis awal. 7.15am dah sampai, paling lambat pun 7.30am. Lepas bangun sahur tak sambung tidoq, kalau tak memang lambat la nak bangun balik... Memandangkan workload agak berkurangan sebenarnya banyak tapi malas nak buat , sebelum lunch time dah berangan nak pi jalan2 cari makan cuci mata kat Jalan TAR atau Sogo. Ni pun rasanya sat lagi nak pi Jalan TAR. Ntah apa yang nak dicari lagi kat situ pun tak tau la. Gigih ni... Esok plak bleh pi Sogo sebab ada sale preview 4-5 Sept. Lagi gigih. Sebab sure ramai giler manusia.
Pesanan penaja - Sentiasalah mencuci tangan dan pakailah penutup hidung dan mulut ketika berada di tempat awam ; -)

Tuesday, September 1, 2009

Raya-raya

Perghh... excited sungguh nak cuti raya nih. Cuti submitted from 16 - 24 September 2009. Tak taula approved ka dak, harap-harap xda masalah. Campur weekend, 9 hari saja. Ni trip Shah Alam - Aloq Setaq - Tangkak - Shah Alam nih.
Baju raya bebudak dah settle beli Ahad lepas kat Sogo dengan ramai giler manusia. Kasut raya Ben-10 Adam dah selamat kena pakai pi sekolah hari ni. Tu pun nasib baik dapat selamatkan t-shirt raya Ben-10 daripada Adam pakai sebelum raya gaks. Baju melayu raya pun Adam mintak nak pakai pi semayang terawih malam tadi... dengan alasan baju melayu lama dah ketat. Nasib baik Adib belum leh cakap lagi. Kalau tak, Adib pun sibuk sama nak pakai baju raya Ben-10 n Mickey Mouse tu. He..he..sabaq ja la !!!
Risau baju raya mama baru hantar jahit beading. Sempat siap ke ?