Tuesday, October 18, 2011

kenapa dan mengapa

kenapa ya sejak akhir-akhir ni mood berblog dah xde. mood menulis juga macam dah kureng jer. actually memang banyak yang nak ditulis tapiiiiiiiii sampai tak tertulis akhirnya. last-last cerita itu berlalu pergi begitu saja. tapi segar mekar dalam ingatan sampai bila-bila.


sekarang adam zharfan sedang menjalani peperiksaan akhir.. mama doakan adam zharfan dapat jawab yang terbaik dan semoga dapat improvekan lagi pencapaian. mama harap adam dapat masuk kelas yang lebih baik dan terbaik untuk Tahun 2 next year, InsyaAllah mama yakin adam boleh kalau berusaha.


babah masih kat sabah lagi n insyaAllah balik sekejap raya haji nanti. really miss him so muchhhhh!!! anak-anak demam rindu gamaknya. haha..macam tak biasa kena tinggal plak kan. mula-mula adam demam, then dah baik sambung adib pulak till now. mama harap ady kuat. dan mama harap semua anak-anak mama kuat dan sihat ye....

Thursday, July 28, 2011

Mood itu kembali lagi

haha... title dan entry tak agak2. kihkihkih!!!
semakin lama semakin rindu semakin sayang..... penantian satu penyeksaan. menghitung hari detik demi detik. masa ku nanti apa kan ada... jalan cerita kisah yang panjang. menghitung hari.... :-(

Wednesday, June 22, 2011

Report Card Day

result sekolah kebangsaan:-










result sekolah KAFA :-




ALHAMDULILLAH SYUKUR....


pertama kali dalam hidupku dapat merasai pengalaman ke sekolah ambik report card anak. terbayang pulak masa dulu2 time sekolah...


berjumpa dengan Cikgu Azlinah Husin, guru kelas Along kelas 1 Gemilang. cikgu cakap Adam dah ada banyak perubahan dan peningkatan yang mendadak terutama di dalam pembelajaran dan perangai. kalau dulu masa mula2 masuk sekolah cikgu kata Adam kuat merajuk & menangis.. haha masih terbawak perangai tu since sekolah tadika kan... tapi sekarang Adam la budak pintar dan bijak dalam kelas. itupun sejak cikgu tukarkan tempat duduk Adam ke depan sekali... sampai cikgu mintak tukar duduk belakang semula Adam dah tak mau sebab dah syok duduk kat depan, boleh fokus belajar.

tapi sekolah KAFA ada sikit penurunan tapi xpa next time buat yang lebih baik tau.

mama tengok pun Adam dah banyak peningkatan dan harap Adam akan terus cemerlang dalam exam2 seterusnya nanti ya sayang... mama percaya dan yakin Adam Zharfan boleh buat yang lebih baik.


TAHNIAH ADAM ZHARFAN !!!

Monday, June 20, 2011

Bila dia kembali...

Aissshhh... dtg balik mood malas menulis blog nih. agak sibuk sikit sejak kebelakangan nih + malas yang banyak. hehehe....


banyak nak diceritakan kat sini...


Adam Zharfan dah bawak balik result2 masa ujian prestasi lepas. ALHAMDULILLAH... SMART BOY ALONG !!! hampir kesemuanya lulus cemerlang kecuali paper Bahasa Malaysia - 70++% compared to Bahasa Inggeris 98%. wahhhh...konpius kejap mama. tapi mama BANGGA dengan pencapaian Along. keep it up !!! hari Rabu ni (22 Jun 2011) Hari Terbuka kat sekolah Along. that's mean mama n babah kena pegi sekolah Along ambik buku rekod prestasi Along + jumpa guru kelas Along to discuss your performance at school. tak sabar la mama, 1st time nih!!!


Adib Zaquan dah 'free diapers' waktu siang hari dh almost 2 minggu. GOOD BOY ANGAH !!! tapi time malam waktu tidoq still kena pakai pampers lagi... takut 'banjir' nanti. haha... Angah dah pandai cakap nak pee n poo. tapi kena la jugak tanya dia selalu, ingatkan dia kalau tak, terlupa la dia.. banjir!!!


Ady Zharfan semakin hari semakin cerdik dan banyak 'akalnya'... dah belikan walker untuk Ady. mula-mula tu dok gostan ja n takmo lama2 dok atas walker tuh. skrg dah pandai berjalan ke depan. Ady rasanya akan cepat berjalan sebab kalau berdiri ja berani dia meniti-niti kat kerusi & dinding. berani pulak tu lepaskan tangan... WELL DONE ADIK !!!


MAMA SAYANG SEMUA ANAK-ANAK MAMA !!!

Monday, May 23, 2011

It's DONE...








HAPPY BIRTHDAY ADIB ZAQUAN !

Friday, May 20, 2011

Adib Zaquan dah 3 tahun...



Happy 3rd Birthday anak bulat mama, ADIB ZAQUAN!


Mama doakan angah menjadi anak yang soleh,

cemerlang di dunia dan akhirat,

mendengar kata,

dan paling penting jangan keja nak merajuk & teriyak ja.

Esok kita celebrate hokaysss...


MAMA SAYANG ANGAH !!!

Tuesday, May 17, 2011

Ady 7 - 8 bulan ...

si bulat bushuk mama...



ady (7 bulan) sudah ada 4 batang gigi. 2 atas, 2 bawah...


ady (7 bulan setengah) juga dah pandai merangkak, duduk dan berdiri sendiri...
Dan ALHAMDULILLAH, production susu masih mencurah-curah!

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day











1st time in my life dapat merasai dan meraikan Hari Ibu yang sebenar2nya. hehe...sebab Adam dah pandai wish dan bagi bunga, kek dan kad sempena Hari Ibu tahun ni. thank you my love. mama sayang Adam, Adib n Ady. mama sayang semua anak-anak merangkap bodyguard mama ni. sebelum2 ni Adam just wish je... siap request kat babah suruh belikan mama kek. thank you to babah jugak ;)


I LOVE YOU ALL FOREVER!!!

Friday, May 6, 2011

Cuti-cuti di Pangkor











ikutkan rasa dan kata hati memang nak selalu update / menulis dalam blog nih. tapi kekangan masa dan mood menulis yang tak menentu menyebabkan banyak perkara sudah ter'miss' untuk update. so jadi update kali ini adalah post yang backdated.





last cuti Hari Pekerja yang panjang tu.. we ols pegi company trip babah ke Pangkor Island Beach Resort start 30 April till 2nd May 2011. best sangat sebab dah lama x pegi holiday :) all sponsored by hubby's company. thanks ya!!!! yang penting, anak2 semua HAPPY!





the best ever is babah menang Best Dress Male at Pirate Night Dinner. wah3x, berbaloi-baloi... habih semua anak- beranak jadi pirates. huahuahua...







Dan juga ini adalah hadiah penghargaan yang babah dapat from his company sebab dah kerja almost 11 years. weeehuuu! lama tu... CONGRATS MY DEAR!





Saturday, April 16, 2011

wiken yang mencabar wehhh

ari ni ari sabtu yg sangat mencabar as mama for my 3 sons... adib demam smpai menggigil2 since malam tadi. dh makan ubat tapi still cmtu jugak. 1st time adib demam camtu ngn duduk terlepek ja. ha...time ni la dapat tengok adib duduk diam ja. kalau tak, jagan harap la.

dahla 1 hari ni ujan ja since paji smpai petang... pagi2 mama dh kna ke giant beli barang2 dapur skit n sebab angah sibuk mintak gula2. tu la, normally every wiken babah yang bawak pi kedai beli :(

balik dr beli brg dapur rehat jap..arini mmg malas nk masak n xdak mood lgsung nak masak. then tengok adib demam lagi, panas jugak. terus bwk ke klinik rosli, msti bg antibiotik jugak kot br nk ok. till then dh makan antibiotik, Alhamdulillah dah berpeluh n adib dh aktif sket n dah bleh mula menyakat along... that's the real adib is coming back.

ALHAMDULILLAH SYUKUR!

Friday, April 15, 2011

Bergelap save the earth

ptg semlm (14/4/2011) kt umah xdak karan since pukul 3.30 petang smpai pkul 8.30 mlm... 1st time la cmtu. anak2 kt umah kt gelisah + menangis2 kepanasan. adib la yg over teramat + xleh nk tgk cartoon kt TV lg. balik umah check tgk, umah kak Kat sebelah ada plak karan. tp umah untie ahso sebelah pn xdak. so rasa cm somethin ja, mntk no. TNB from hubby kt Kota Kinabalu. but then he called abg Rafiq jiran sebelah n also pak ya. TNB crew came n ckp ada power trip ke apa ntah kt main power cable... n bagitau nnti mlm br crew lain dtg ngn kren hidrolik dtg repair. huhu..malam?? mama dh cuak cmna la bebudak ni nnti bergelap.


eh..eh.. dh gelap pasang lilin rupanya tak takut anak2 mama terutama angah la. mama pasang api lilin, angah sibuk ja tiup bagi padam. ingat tiup lilin besday kek ke angah??? next month la angah tiup lilin besday kek. ini lilin nk bagi terang umah sket. dlm dok sibuk2 kt dapur layan along makan, tetiba dengar angah menjerit "terbakar"... rupanya dia ambik kertas n cucuh api kt lilin tu. huh..angah, angah... macam la dia ni. kan dh terbakar skit hujung jari tu. ish..ish..


ady pun menangis kepanasan n ngantuks sbb since ptg xleh tido. last2 mama start enjin keta bukak aircond n lampu kereta. bwk smua anak2 masuk dok dlm keta n layan DVD. baru la senyap n aman sekejap..


alhamdulillah lebey kurang pkul 8.30 malam crew TNB dtg repair n kembali TERANG KESEJUKAN. Alhamdulillah... klau x, entahla cmna nk lalui malam tu tanpa hubby kt umah :)

but i'm proud to be a bionic mama hahahaha....

Thursday, April 14, 2011

12oz per session


Alhamdulillah syukur pada Allah... sejak kebelakangan ni stok EBM semakin banyak. suka la Ady :-) sekali pam dapatla 12 oz, kurang2 pun 8-10 oz. alhamdulillah, syukur sgt2. yg penting minum air kosong byk2.... dan yang penting kna relax n tak pressure. klau dlm keadaan tertekan or rushing, ofkoslah production akan merudum...

Wednesday, April 13, 2011

3A's






tiada apa yang lebih membahagiakan mama selain dapat melihat mereka membesar di depan mata.... I ♥ U all. mmmmmmmmmmmuuuaaaaaaaaahhhhhhhh

Monday, April 11, 2011

Breastfeeding Gathering 2011


Registered.

InsyaAllah, akan turut serta dalam gathering ni. but without incik hubby :(

tak sabar rasanya nak bawa Adam n Adib.... Ady cmner ya. nak bawak ke tidak sebab gathering tu half day jugak, takut nnti Ady meragam nk tido ke apa plak....


Sunday, March 13, 2011