Dialog mama dengan Adam pasal puasa:-
Mama: Adam dah makan?
Adam: Tak nak
Mama: Nape tak nak makan? Puasa ke?
Adam: A'ah Adam puasa...
Mama: Puasa tu apa? (saja je tanya nak test..)
Adam: Cikgu tu cakap puasa tu tak bleh makan..
Mama: Ooo, ye ke. Pandai. Minum bleh ke?
Adam: Cikgu tu cakap minum pun tak bleh..
Mama: (pandai anak Mama ni)
Tetiba lak...
Adam: Mama, bleh ke belikan biskut tiger yang ada sudu tu kat Petronas? Adam makan tadi dah habis. Boleh ke beli ???
Mama: (Huh, 'memang Adam puasa' kan!!?!)
Hari ke-3 berpuasa. Waktu kerja di bulan Ramadhan 8.00am - 4.30pm. Tapi bley tak suka-suki mama nak create office hour 9.00am-4.00pm? Haruskah? Atau apakah 8.00am-4.00pm?? It will depend on the situations. Kalau bos mengundur diri awal, mama pun bley le menyusul kemudian ;-p
Selamat berbuka puasa!
2 comments:
haha lawak lah adam nie!!! pose yang2 yok rupanya haha (^&^)
tu la.. Adam Zharfan hari2 'posa'!!!
Post a Comment