Thursday, January 29, 2009

Kereta tersadai

TENSION !
Nak dijadikan cerita, radiator kereta boleh plak bocor, hasil rumusan oleh babah selepas dah godek-godek kereta tu, so temperature naik. Perasan temperature naik masa babah start kereta, kitorang plan nak pegi jalan-jalan KLCC hari isnin lepas (26 Jan'09). check tengok air kat radiator menitik-nitik keluar. At last x jadik keluar aritu...
Lagi nak sedapkan cerita, semua workhop yang tau repair radiator kereta TUTUP SAMPAI HARI AHAD SBB CUTI RAYA CINA. Maknanya, hari isnin depan baru boleh repair kereta dan maka dengan rasminya tersadailah kereta tu kat umah ....

Thursday, January 15, 2009

Adam's Schoolwork

5th Jan. '09,kelas pagi
Hasil kerja sekolah pertama Adam!

5th Jan. '09-kelas fardhu ain



6th Jan. '09-kelas pagi


6th Jan'09-kelas fardhu ain



Cantik kan Adam mewarna !!! Mama bangga dengan hasil kerja Adam tapi kena up lagi skill mewarna tu... Kat kelas fadhu ain pun Adam dah belajar asas solat. Aritu Adam tunjuk Babah cara nak solat, siap ambik n bentang sejadah lagi. Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa bukakan dan terangkan hati Adam Zharfan. AMIN !
Semalam Adam dah pegi sekolah, lepas 2 hari cuti sebab demam. Selsema je masih tak ok lagi.
Alhamdulillah, Adam dah tak nangis masa nak pegi sekolah. Hari ni pun Mama tengok Adam tak nangis masa naik van (duduk depan), muka je monyok. Tak tau la pulak camana perangai kalau dah sampai sekolah...







Wednesday, January 14, 2009

Adam-Satu ketika dulu


Masa umur 3 hari, masih kat PPUM ;



Bawah phototherapy almost 10 days ;



Adam suka makan bubur yang Mama masak!


Adam suka senyum, gambar masa umur 3 bulan ;


Merangkak masa umur 8 bulan.



OK, Mama dah masukkan gambar Adam masa kecik-kecik. Atas permintaan Babah...


Monday, January 12, 2009

Adib Merangkak


video

Latest pasal perkembangan Adib. Lately, dah boleh merangkak 2-3 langkah. Tapi tak laju, kalau nak laju Adib menyulur je... Favourite Adib suka golek-golek badan atas katil.


Tak sekolah

Adam tak pegi sekolah sebab demam lagi. selsema ngan batuk makin teruk. kesian plak nak paksa Adam pegi sekolah. Suka la Adam bagitau arini tak pegi sekolah. Bukak mata je cakap nak tengok kartun Tom n Jerry...
Adib pun berjangkit demam selsema...huh, memang takleh nak elak. Paling mencabar nak bagi Adib makan ubat. Memang susah dan Adib akan muntahkan ubat yang dah masuk dalam mulut dia. kalau nak bagi Adib makan ubat, kenalah pegang dua-dua kaki n tangan dia. Kalau tak, memang la tak dapat bagi makan ubat. Adam senang saja makan, dari kecik dulu pun senang sebab boleh dikatakan setiap 2 minggu kena demam selsema. so, makan ubat pun dah tak heran. ubat yang paling pahit pun telan jugak.
Mama harap Adam dan Adib cepat-cepat la sembuh. Dan Adam dapat pegi sekolah esok, InsyaAllah.

Friday, January 9, 2009

Adam Demam

Hari kedua Adam demam dgn selsema. Mama cukup risau kalau Adam demam. Ni demam sebab masuk sekolah la tu ataupun berjangkit kat bebudak kat sekolah... bab berjangkit ni memang la tak dapat nak elak once dah bercampur dengan budak-budak lain. Adam pun dah lama tak demam since ada Karsih kat rumah. harap-harap tak berjangkit kat Adib dan mama yakin Adib kuat sebab Adib banyak minum susu mama !!!
Adam kat sekolah dah ok sikit, cuma time nak naik van sekolah pagi-pagi je yang nangis sekejap. But then dah ok... Alhamdulillah. Semalam dengarnya Adam cakap kat cikgu yang dia nak tido sebab demam. Wah, dah pandai communicate dengan cikgu Iza. OK la tu... Arini babah cakap Adam makan bubur dekat 5 mangkuk kat sekolah.
mama harap Adam cepat sesuaikan diri kat sekolah dan dapat ramai kawan. InsyaAllah.

Tuesday, January 6, 2009

2nd Day

Bergaya dengan beg Ben-10 + tumbler Tom n Jerry baru.




Excited je nak pegi sekolah...



Start pagi dengan mood dah ok skit sebab dapat beg Ben-10 dan bekas air Tom & Jerry yang baru beli semalam. Tapi arini 1st time naik van sekolah, boleh plak datang lambat ambik Adam. Pukul 9 baru datang sebab cari rumah tak jumpa. Dah lah petang semalam tak datang, arini plak lambat. GERAM !!! Adam dah lama tunggu and mood dah spoiled. Then, van datang je terus menangis tak nak naik. Van plak buruk semacam, tak semangat langsung tengok. Paksakan juga... Mama biarkan je and follow Adam sampai sekolah. Dah sampai, masih menangis dan tak nak turun. Mama teropong je dari jauh. At last kena jugak pegi pujuk Adam turun van sebab orang lain pujuk pun tak makan saman. Mama bawak Adam yang masih menangis naik atas, tak nak masuk kelas. Then bawak Adam masuk kelas pemulihan je, main-main kat situ dengan cikgu lain. Ada la 2 orang budak lain... Lastly mama dapat menghilangkan diri.
Mama ngan babah tunggu je kat bawah. Risau gak kalau Adam start menangis lagi. Tapi ada lagi budak lain yang lagi 'teruk' dari Adam... Mama tak berani nak naik jengah Adam kat atas sebab takut terkantoi macam semalam... Hati Mama macam sedih je nak tinggalkan Adam kat sekolah sampai kul 3.30 petang tapi 'LET HIM GO, MAMA'. Ha.. tu la wording yang babah dok perli mama. and of course I do, cuma hati dan naluri seorang ibu yang dah tentunya akan rasa sedih....




Monday, January 5, 2009

1st Day


Hari Pertama Adam pakai uniform sekolah. Hensem anak mama !

Dalam perjalanan ke Tadika Tunas Bestari.


Tengah makan cucur sayur sambil jengah kat pintu cari mama...


Kan dah kantoi ! Adam nampak Babah ...
Adam start nangis balik. Mesti cikgu ni tension je!





Hari pertama Adam bangun pagi nak ke tadika pun dengan mood yang tak ok. Mandi tak nak, pakai uniform pun tak nak, semua tak nak... mencabar sungguh nak handle. 1st day, kena hantar Adam. Sampai je kat tadika, dah ramai bebudak berkumpul kt hall. Adam tak nak masuk dalam sendiri, so terpaksalah mama jugak masuk temankan. Duduk sekali ngan bebudak tu dengar briefing cikgu. Ada menangis, ada yang berkepit ngan mak dan macam lagi la perangai. Turn panggil nama Adam Zharfan, Adam tak nak bangun beratur untuk masuk kelas. Bebudak lain beratur elok je.. ah sudah. Dah tak pasal-pasal mama pun kena beratur sekali. Nasib le....
Adam ditempatkan dalam Kelas 5 Success bawah Cikgu Wan Norhusniza Md Pareri @ Cikgu Iza. Semua kelas kat tingkat atas. Mama bawak Adam masuk kelas dan Adam menangis lagi ... ramai lagi budak yang menangis. That's means bukan anak mama sorang je yang nangis ;)
student ada lebih kurang 20 orang satu kelas. nak pujuk Adam, mama bawak dia tengok komputer dalam Bilik Komputer sebelah kelas Adam. Ok sekejap, Adam memang excited nak pegi sekolah sebab dia ingat dapat main komputer .... Bilik tu pun ada toys a.k.a Bilik Pemulihan untuk student yang tak bersedia nak masuk kelas lagi cam Adam. At last mama inform Adam yang mama nak pegi toilet sekejap dan mintak Adam duduk ngan cikgu & Adam said ok. Ha...ha.. dapat mama dapat menghilangkan diri buat seketika.
Then, naik intai Adam dah masuk kelas. Start with aktiviti mewarna ??? Mama tengok Adam buat selamba je keraskan badan tak nak mewarna...Kul 10am intai lagi, tengok Adam tengah makan cucur sayur dgn cikgu dia kat depan kelas. KANTOI ! Adam nampak babah..... dah terus start nangis balik. Kui..kui..kui... rupanya mata Adam memang dok ngadap ke pintu je carik mama n babah dia. Rasanya cikgu dia pun tension dengan karenah parents yang dok intai anak dalam kelas...
End school session at 10.30am dan Adam masih non-stop nangis. Then cikgu advised suruh bawak balik rumah dulu biar emosi cool sekejap sebelum sambung kelas fardhu ain jam 1.30 - 3.30pm.Hmm.. Adam bila dapat balik rumah senyap la.
Balik rumah makan nasik banyak. Then siap2 nak ke kelas fadhu ain pun sama, nangis tak nak pegi. Pakai baju melayu putih ngan sampin hijau, hantar lagi ke tadika. Sampai je nangis lagi. Hari ni Adam memang kaya dengan air mata .... mama biarkan je cikgu2 handle. Habis kelas kul 3.30 petang dan plan nak latih Adam naik bas sekolah tak jadi. Sebabnya... tunggu sejam lebih bas tu tak datang2 ambik, call owner pun tak jawab. Mama pun jadi hangin.... at last ambik Adam bawak balik kul 4.30 petang. Masa ambik Adam, dah tak nangis.
Hari persekolahan Adam hari ni memang cukup sadis dan satu kenangan yang mama takkan lupakan sampai bila-bila ;)

Friday, January 2, 2009

2009

Hari pertama kerja di tahun 2009. macam biasa je..nothing special. cuma sampai awal skit kat ofis, jam 750 pagi. harap hari-hari seterusnya di tahun baru ni, maintain masuk ofis awal !!! Itu salah satu azam tahun baru.
Memandangkan hari pertama kerja di tahun baru adalah hari Jumaat, so semangat nak keja tu cam susut skit. Semalam pun kat rumah je selain keluar pergi beli barang-barang dapur kat Giant... Ha, ni lagi satu azam tahun baru adalah nak jimat-cermat dan berbelanja secara berhemah memandangkan ekonomi tahun ni pun tak berapa bagus. Dengan segala barang yang mahal dan tak nampak pun macam nak turun harga ... Adam pun dah nak masuk tadika Isnin depan.
Semoga tahun ni semuanya berjalan lancar ... InsyaAllah.