Monday, January 5, 2009

1st Day


Hari Pertama Adam pakai uniform sekolah. Hensem anak mama !

Dalam perjalanan ke Tadika Tunas Bestari.


Tengah makan cucur sayur sambil jengah kat pintu cari mama...


Kan dah kantoi ! Adam nampak Babah ...
Adam start nangis balik. Mesti cikgu ni tension je!





Hari pertama Adam bangun pagi nak ke tadika pun dengan mood yang tak ok. Mandi tak nak, pakai uniform pun tak nak, semua tak nak... mencabar sungguh nak handle. 1st day, kena hantar Adam. Sampai je kat tadika, dah ramai bebudak berkumpul kt hall. Adam tak nak masuk dalam sendiri, so terpaksalah mama jugak masuk temankan. Duduk sekali ngan bebudak tu dengar briefing cikgu. Ada menangis, ada yang berkepit ngan mak dan macam lagi la perangai. Turn panggil nama Adam Zharfan, Adam tak nak bangun beratur untuk masuk kelas. Bebudak lain beratur elok je.. ah sudah. Dah tak pasal-pasal mama pun kena beratur sekali. Nasib le....
Adam ditempatkan dalam Kelas 5 Success bawah Cikgu Wan Norhusniza Md Pareri @ Cikgu Iza. Semua kelas kat tingkat atas. Mama bawak Adam masuk kelas dan Adam menangis lagi ... ramai lagi budak yang menangis. That's means bukan anak mama sorang je yang nangis ;)
student ada lebih kurang 20 orang satu kelas. nak pujuk Adam, mama bawak dia tengok komputer dalam Bilik Komputer sebelah kelas Adam. Ok sekejap, Adam memang excited nak pegi sekolah sebab dia ingat dapat main komputer .... Bilik tu pun ada toys a.k.a Bilik Pemulihan untuk student yang tak bersedia nak masuk kelas lagi cam Adam. At last mama inform Adam yang mama nak pegi toilet sekejap dan mintak Adam duduk ngan cikgu & Adam said ok. Ha...ha.. dapat mama dapat menghilangkan diri buat seketika.
Then, naik intai Adam dah masuk kelas. Start with aktiviti mewarna ??? Mama tengok Adam buat selamba je keraskan badan tak nak mewarna...Kul 10am intai lagi, tengok Adam tengah makan cucur sayur dgn cikgu dia kat depan kelas. KANTOI ! Adam nampak babah..... dah terus start nangis balik. Kui..kui..kui... rupanya mata Adam memang dok ngadap ke pintu je carik mama n babah dia. Rasanya cikgu dia pun tension dengan karenah parents yang dok intai anak dalam kelas...
End school session at 10.30am dan Adam masih non-stop nangis. Then cikgu advised suruh bawak balik rumah dulu biar emosi cool sekejap sebelum sambung kelas fardhu ain jam 1.30 - 3.30pm.Hmm.. Adam bila dapat balik rumah senyap la.
Balik rumah makan nasik banyak. Then siap2 nak ke kelas fadhu ain pun sama, nangis tak nak pegi. Pakai baju melayu putih ngan sampin hijau, hantar lagi ke tadika. Sampai je nangis lagi. Hari ni Adam memang kaya dengan air mata .... mama biarkan je cikgu2 handle. Habis kelas kul 3.30 petang dan plan nak latih Adam naik bas sekolah tak jadi. Sebabnya... tunggu sejam lebih bas tu tak datang2 ambik, call owner pun tak jawab. Mama pun jadi hangin.... at last ambik Adam bawak balik kul 4.30 petang. Masa ambik Adam, dah tak nangis.
Hari persekolahan Adam hari ni memang cukup sadis dan satu kenangan yang mama takkan lupakan sampai bila-bila ;)

2 comments:

maxmozac8892 said...

Dear Mama Rozy,
As been told, "Let's Him Go, Mama...and enjoy the life"...

Unknown said...

Salam..
hahaha..mcm2 kerenah adam nih..mmg mencabar betoi.tpi xpa,smua 2 akan jadi pengalamn yg amt brguna & akan lebih mematangkn diri.INSYAALAH..
chaiyok adam chaiyok!!! :)