Friday, October 24, 2008

Pumpin' @ The Mall

Semalam lps keja pegi open house aka buka puasa kt Seri Pacific Hotel ngan hubby. Aku pegi dulu naik komuter from office but hubby frm S.Alam so sampai la awal skit. Memula ingat nak window shopping kt The Mall sementara hubby sampai tp tetiba lak.... erkkk! b*****ku terasa bengkak. Nasib baik ku bawa Harmony tapi nak buat operasi kat mana ekk??? Lastly, aku teringat kt Parkson mesti ada Nursing Room. Laju je kaki ni jalan masuk Parkson n terserempak mak cik security kt situ. 'Asslamualaikum mak cik, kt sini ada tak Nursing Room?', aku tanya mak cik tu. Dengan muka konfius mak cik tu jawab, 'Hah! pakebenda tu dik???' 'He..he..sah dia tak paham', aku jawab dlm hati. Then aku explain kt dia. 'Alah mak cik, tempat untuk tukar pampers budak tu. Ada tak?' Terus je dia jawab, 'Ooooo, tu..... Adik naik tingkat 2 kt bahagian baju budak tu ada'. Fuhhh lega, nasib baik ada!!!! Last2 aku jumpa gak tapi kat situ diorang tulis Parenting Room. Apa-apa je la. Masuk dalam tu, aku tengok mmg bersih dan selesa. Ada 2 bilik untuk menyusu, 2 tempat tukar diapers, 1 sinki, 1 thermopot dan wallpaper ada gambar2 baby. OK. Aku pun apalagi, terus bukak beg n start operasi. tak sampai 20 minit, aku dapat 8oz walaupun aku puasa. Alhamdulillah, lega skit.... ni hah hasilnya!
Then, baru aku perasan kt dinding dalam bilik tu ada gantung nih.....

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

Bersyukur sbb dh ramai sedar ttg kebaikan susu ibu dan banyak jugak corporate company yang aware n built up nursing room kt shopping complexs. Dah kira cm corporate social responsibility(CSR) la...

Abang Sayang Adik

Finally, dpt jugak ambik gambar dua beradik ni cantik skit. Selalunya bukan main payah lagi Abang nak posing ngan Adik. Ntah nape mood Abang ok skit n Adik tetap relax n cool jer....


khusyuknya Adik dgr Abg bercerita...cerita apa tu..??




ABANG SAYANG ADIK !

Monday, October 20, 2008

Celebrate Besday kat Ofis


Thanks to all my officemate, DSP Hamdani, En. Raflly, Bala, Liza, Farah & Fahd, yg ingat my birthday arini and also for the birthday cake tu.... terharu sungguh !!!!! THANK YOU SO MUCH.






Weekend Story


last weekend we all pegi pusing2 kt area Putrajaya n also posing2 kt Taman Botani. Ternampak kat situ ada Seafood Restaurant. cam best jer...tapi tak dapatlah nak makan time tongah2 bulan cam ni, he..he.. alih2 p makan kt food court Alamanda je ;)

Tengah nak mkan Adib plak merengek, ngantuk la tu n time isi perut dia gak. Ingat mama ngan babah je tau lapar... try BF n cover with the sling yang Karsih bwk. Hwuaaaa...Adib nangis lagi n reject BF. tak selesa kot??? Adib mmg camtu, klau BF nak suasana tenang dan sunyi. Dah nak buat camna nih!
dh satu masalah besar bagi aku nak BF Adib kt public nih...aku mmg rasa tak selesa nak BF kt public tapi terpikir lak time tu kalau pakai nursing dress kan senang. TAPI, aku xde pun baju tu. niat nak beli mmg ada tapi selalu lupa. ada nursing cover pun x bawak. TAPI x pernah pun cuba lagi kt public, teruknya aku nih...


lastly, nasib baik ada nursing room kt situ. barulah Adib nak....tapi tak comfy lak n xde aircond.... but the best nursing room yg pernah jumpa is kt JJ. Next time, nk pegi shopping or jln2 kena la survey ada ke tak nursing room....ni list yg aku jumpa kt web favourite aku, SI.com




lepas makan dh kul 8 pm, so nak balik rumah la. dh on day way my hubby nak pulak singgah kt Kelab Tasik Putrajaya. katanya kat situ cantik kalau malam2.Adib dh nyenyak tido so aku pun malas nak pegi lagipun dh malam. Sudahnya berenti jap, babah ngan Adam je pegi nak bergambar kenangan. Tetiba my hubby call cakap Adam dh terkencing dalam seluar masa tgh dok bergambar. Hangin semacam je bunyinyer...... dh cmna la pulak leh kencing. Dh la x bwk baju extra. Nasib baik ada towel kecik buat cover badan Adam....dah spoiled mood Mama ngan Babah jap malam tu :( Adam...Adam...


ni hah gambar Adam ngan muka bersalah dan serba-salah bila dah terkencing dalam seluar!

My 30th Birthday


'Sayang, Selamat Ulangtahun ke-30. Abang, Adam n Adib berdoa agar ianya mengeratkan kasih sayang antara kita. Dan dengan anjakan ke 30an mengingatkan kita akan DIA yang Maha ESA'

that's my hubby wish.....

Happy Birthday!

Pheww, arini (20/10/2008) genap dah 30 tahun umur aku. What?????? dah 30 tahun umur aku, ngerinya rasa bila dh cecah angka 3 nih!!! Welcome to 30's......betul ke ni??
Tapi aku bersyukur dapat lagi bernafas hingga kini dan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak tersayang. Biarpun masih banyak lagi perkara yg perlu dilakukan dan impian belum aku capai terutama di dalam kerjaya dan ingin memiliki rumah sendiri. InsyaAllah suatu hari nanti.......berkat doa dan juga usaha. Dan semoga Allah sentiasa memberkati dan mempermudahkan segala urusanku, Amin.


Friday, October 17, 2008

Adib-Dulu & Kini



Adib Zaquan bin Mohd Fadzil masa umur 3 hari.DOB 20 May 2008 @ 1629 hrs, 3.795kg + G6PD Deficiency.








Umur Adib skrg dh nak masuk 5 bulan.Dh pandai meniarap ngn angkat2 kepala n punggung skit.Merajuk pun pandai....cayang bucuk Mama!

Thursday, October 16, 2008

Aii Malasnyer...


Nape la aku malas sgt nak buat keja arini.sudahnya,aku asyik tulis blog ni je.Ha..ha.. Bos xde so aku lagi la malas.kalau bos ada, aku pura-pura rajin gitu. Lagipun tgh x busy. Arini dh msuk hari ke-3 aku posa 6,so ada lagi 3 hari sambung plaks next week. bulan posa arituh pun tinggal posa 5 hari sbb BF Adib and production lak merosot skit time bulan posa.:(
klau hari2 biasa, leh la each time pump session dpt cm ni...ALHAMDULILLAH.

My Heroes

melayan karenah anak2 mmg satu saat terindah yg tak dpt digambarkan dgn kata2... kalau nak ambik slot untuk Adib, Adam musti masuk slot jugak! Adam mmg Ultraman Tiga maniac.siap leh hafal theme lagu cerita tuh...pergh,Adam nyanyi lagu Jepun. tapi yg x bestnyer,kalau nak tengok channel Astro tu, kena berebut la ngn dia.selalunya Adam la menang.Astro channel 613 & 616 mmg dia yg punya la hari2 mengadap tu.... celik mata pagi2 lagi dh breakfast cartoon sampaila ke malam.tu pun time nak masuk tido kena paksa.dah sudahnya, mama ngn babah kena la tgk tv yg xde Astro.Ingat nak pasang 2nd decoder la. so xder episod berebut channel lagi. Amacam babah, ada setuju untuk tambah bayar bil Astro lagi?it's good for you also when nak tgk your favorite channel.kui...kui..kui..
video

Monday, October 13, 2008

Adam vs Adib



ni lah buah hati pengarang jantung ku..... ADAM ZHARFAN & ADIB ZAQUAN

Semoga mereka saling menyayangi dan menjadi anak yang soleh.AMIN!

Adam Mogok



ni hah, adam pepagi raya mogok xnak pakai baju melayu.alahai, anak aku yg sorang ni.......dh jadik beraya omputih lak pakai t-shirt n jeans pagi raya. sedih nyer aku.puas pujuk, adam xnak jugak. TETAP nak pakai t-shirt n jeans Tigger n Pooh yg dia PILIH SENDIRI masa shopping raya arituh....

dahlah pepagi raya semua dok bersalaman n semua sepupu dia dh melaram sakan n dapat duit raya.Adam ngn muka slumber buat dekkk jer...

Friday, October 10, 2008

start blog

best dh ader blog sndiri nih. sblm ni asyik baca blog orang jek.arini x busy sgt keja,maklumlah semua org still in raya mood.arini lak pakai baju raya coz ada dinner mlm nih kt Corus Hotel.bwk hubby skali joint.alamak!gambar2 raya x upload lagi dlm PC.hubby dh burn dlm CD tp lum tgk lagi.x sabar nk upload gambar2 dlm blog ni.he..he.. dh poyo blogger la plak.ah...i don't care.dh nama pun love n share.