Wednesday, May 20, 2009

Happy 1st Birthday Adib Zaquan







Tanggal 20 Mei 2008 jam 4.30 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya, lahirlah seorang lagi permata hati Mama dengan berat 3.925kg yang diberi nama Adib Zaquan (seorang yang berakhlak mulia dan berpengetahuan tinggi). Mudah-mudahan menjadi seorang insan seindah namanya.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU


Cepat betul masa berlalu, Adib Zaquan dah genap setahun. Perkembangan terkini - dah boleh jalan, takut-takut berani. 1st time jalan banyak langkah Mama tengok pada malam 16 Mei 2009 tu. Adib totally different with Adam. Mama tengok Adib ni 'keras' sikit berbanding Adam yang lebih sentimental... Malam tadi pun Mama tak boleh tidoq, sebab terkenangkan detik dan saat melahirkan Adib tahun lepas. Lebih 8 jam menahan sakit di labour room tu. Entahlah, memang Mama sedikit emosi jika teringatkan detik tu... masa lahirkan Adam dulu Mama tak dapat merasainya (emergency C-Sect->breech).

1 comment:

Unknown said...

Mudah-mudahan Adib membesar menjadi seorang insan seindah namanya.InsyaALLAH..
xdak video Adib berjalan ka? upload la..x sabaq nak tengok nih. :)