Saturday, October 31, 2009

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Memang puas hati and was recommended ... 45 minutes from Shah Alam & harga pun berbaloi-baloi.




Bergambar kat pantai sebelah restoran ni...



Ikan jenahak masak 3 rasa


Butter prawn, sotong goreng tepung, ketam goreng cili & jenahak bakar



Yummy, sehingga menjilat jari !


Best sangat and wish to come back again.

Saturday, October 24, 2009

Kembali Ke Rahmatullah

22/10/1924 - 24/10/2009
Hajjah Mariam binti Ibrahim, 85 tahun telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 6.30 pagi pada 24 Oktober 2009 bersamaan 5 Zulkaedah 1430H.
Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
AL-FATIHAH ...

Thursday, October 22, 2009

NAZA Ria Terbang

Exclusive - kejadian berlaku pagi tadi di atas landasan komuter sebelum stesen Subang Jaya.
Sudahnya, lambat sampai ofis sebab tren dah delay.


kat bawah kereta ni ada sorang lagi mangsa

pemandu kereta sedang diberi rawatan

petugas KTMB sedang memberi bantuan
dan saya hanya menjadi pemerhati dari dalam komuter.
Sekian laporan lintas langsung dari saya ...

Wednesday, October 21, 2009

nak share video ni .... kena concentrate & pls turn on your speaker.


http://kampung-chloe.blogspot.com/2009/10/you-must-cry-when-you-see-this.html

Tuesday, October 20, 2009

31 Tahun



today is my 31st birthday ...






nothing much special coz dah makin bertambah umur menjadikan hari ini lebih berumur daripada semalam.








tak best kan ;-)












Tapi, Alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan umurku sehingga ke hari ini di sisi suami dan anak-anak tercinta. Semoga hidupku ini sentiasa mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Nya. Amin.

Tuesday, October 13, 2009

Pergi Tak Kembali

Innalillahiwainnailahiroji'un ...
Pak Jang Hashim bin Shafie telah kembali ke Rahmatullah hari ini lebih kurang jam 9.30 pagi akibat sakit jantung. Semoga Rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman kepada Allah.
AL-FATIHAH.

Monday, October 5, 2009

Adib Pandai Cakap


CAT





inilah satu patah perkataan yang Adib selalu sebut dengan terang, jelas dan nyata....

Tengok lembu pun cakap Cat, kekadang kat Mama pun Adib sebut CAT.

Wakakaakaa. Mama kucing kah ini ???

Tidoq asing

Malam tadi, percubaan kali pertama Adam tidoq asing kat bilik lain.


TAPI ...





GAGAL, sebab mata dok terbeliak ja sampai kul 11pm sebab dah tidoq petang. Kalau tak, mesti berjaya punya percubaan ni. Last2 bawak masuk tidoq sekali.

Then ambik Adib bawak masuk tidoq bilik. Since Adib dah tidoq awal sejak kul 8pm tu ingat ok la tak bangun. Eh..eh.. alih-alih dah angkat bawak masuk bilik, dia boleh terjaga pulak. Then tengok abang dia pun belum tidoq, apalagi 2 hero tu pun buat macam2 aksi main sama2. Bergusti la.. bertepuk-tampar la.. menjerit tgh2 malam buta.

At last, kul 1.00 am Adam baru tidoq and Adib kul 3.30am baru tidoq dengan Karsih sebab Mama dah tak larat nak melayan Adib sampai kul 2.00am jer....


Haru betul!!! Sudahnya, pagi ni semua terlewat bangun.

Monday, September 28, 2009

Kerja selepas cuti raya

Dah mula kerja Jumaat lepas (25hb. Sept.) tetapi baru hari ni mula buat kerja ala-ala manja gitu. Al-maklumlah masih di dalam mood raya. Apakah mood raya ini akan terus berkekalan sehingga ke penghujung Syawal ;-p ??? Memang dasar pekerja yang sungguh tak produktif... ahaks!

Every weekend selepas ini adalah aktiviti memenuhi jemputan rumah terbuka dan menambahkan berat badan termasuklah membunciskan perut.

Pintu rumahku akan sentiasa terbuka, jika ada permintaan.

SELAMAT HARI RAYA.

Sunday, September 20, 2009

Album Raya








SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430 H


KAMI SEKELUARGA




ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA SAUDARA MARA DAN KENALAN.

Monday, September 14, 2009

Mood Raya

Semakin dekat nak raya semakin dekatlah hatiku dengan kampung dalam mood malas bekerja dan juga malas nak update blog. Ngeeee. Kalau bab merehatkan bijik mata, huh rajin sungguh. Apakah??? Baju raya tak siap lagi nih. Ingat nak serbu K. Ram Tailor kat Medan Mara tengahari ni. Agak2 siap ke???
Yang sabar menanti;

Wednesday, September 9, 2009

Yahoo

Bukan nak cerita pasal Yahoo dot com dot mai or Yahoo Mail tapi Yahoo pasal cuti raya mama dah approved 16 - 24 Sept. 2009. YAHOO !!!

Tapi mata TETAP NGANTUK ! Apa kes ???

Thursday, September 3, 2009

Purse




Dah beli tadi kat Sogo ...


Message to Babah :- Jangan lupa ye janji kita ...


Mood Malas

Time bulan posa ni ntah napa ntah mama selalu sangat dalam mood malas nak buat keja. Asyik sangap ja pagi2 sampai ke petang. Apakah? Bulan posa jugaklah mama jadik tukang bukak pintu ofis tiap2 pagi sebab sampai ofis awal. 7.15am dah sampai, paling lambat pun 7.30am. Lepas bangun sahur tak sambung tidoq, kalau tak memang lambat la nak bangun balik... Memandangkan workload agak berkurangan sebenarnya banyak tapi malas nak buat , sebelum lunch time dah berangan nak pi jalan2 cari makan cuci mata kat Jalan TAR atau Sogo. Ni pun rasanya sat lagi nak pi Jalan TAR. Ntah apa yang nak dicari lagi kat situ pun tak tau la. Gigih ni... Esok plak bleh pi Sogo sebab ada sale preview 4-5 Sept. Lagi gigih. Sebab sure ramai giler manusia.
Pesanan penaja - Sentiasalah mencuci tangan dan pakailah penutup hidung dan mulut ketika berada di tempat awam ; -)

Tuesday, September 1, 2009

Raya-raya

Perghh... excited sungguh nak cuti raya nih. Cuti submitted from 16 - 24 September 2009. Tak taula approved ka dak, harap-harap xda masalah. Campur weekend, 9 hari saja. Ni trip Shah Alam - Aloq Setaq - Tangkak - Shah Alam nih.
Baju raya bebudak dah settle beli Ahad lepas kat Sogo dengan ramai giler manusia. Kasut raya Ben-10 Adam dah selamat kena pakai pi sekolah hari ni. Tu pun nasib baik dapat selamatkan t-shirt raya Ben-10 daripada Adam pakai sebelum raya gaks. Baju melayu raya pun Adam mintak nak pakai pi semayang terawih malam tadi... dengan alasan baju melayu lama dah ketat. Nasib baik Adib belum leh cakap lagi. Kalau tak, Adib pun sibuk sama nak pakai baju raya Ben-10 n Mickey Mouse tu. He..he..sabaq ja la !!!
Risau baju raya mama baru hantar jahit beading. Sempat siap ke ?

Friday, August 28, 2009

Thursday, August 27, 2009

WWF

Aksi terlampau ganas / seksi ?

Wednesday, August 26, 2009

Posa Tanpa Sahur

Jam baru menunjukkan 2.45pm, TAPIIIII mama dah terkebil-kebil dengan perut makin steady mengempis sedang riuh rendah buat lagu keroncong mak limah. Ni semua penangan tak bangun sahur dah terjaga tapi tidoq balik pagi tadi. Dah set alarm jam 5.00 pagi, berbunyi. Tapi swith off... sampai ke sudah pukul 7.30am baru sedar. Si Karsih tu pun tak reti2 nak bangun sendiri kalau mama tak bangun kong-kang, kong-kang kat dapur.
Mudah-mudahan dipermudahkan puasa hari ini. INSYAALLAH, gigih bertahan !!!

KoGiLa


Ntah sapa yang gila ???