Monday, November 30, 2009

Show Begin

21/11/2009 - Dewan Raja Lumu, Muzium Alam Shah, Shah Alam.

Adam kat depan sekali berkasut merah...

Rindu Sangat

sebab Adam balik beraya kat kampung.

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

diucapkan kepada semua...

kali ini raya tersangat biasa-biasa je.

Wednesday, November 25, 2009

Masih Lagi

di hospital (Selangor Medical Centres) sejak 3am Ahad lepas. Adib demam panas yang melampau, sehingga mencecah ke 39.2 darjah celcius. Dua kali blood test results, tiada denggi tapi virus infection dalam darah yang menyebabkan sel darah putih sangat tinggi. Alhamdulillah, sejak semalam panas dah kurang sejak doc. bagi ubat demam Cataflam tapi ditambah dengan gejala selsema seperti hidung tersumbat yang tidak menyelesakan pernafasan Adib. Dr. Hoe akan supplykan ubat titis hidung. Harini doc. akan stopkan Cataflam and we'll see the results...
Mama have to start work dengan berat hati hari ini... Harap Adib boleh discharge besok sebab tak sanggup la nak beraya haji kat spital weh... Sakit mata Adam dah makin ok.

Monday, November 16, 2009

Bila agaknya

Nak dapat menengok movie 2012 ???

Not this Saturday la coz that day Nov. 21 is Adam's Graduation Day.Hah.. Adam dah graduate? Not lah... it's just persembahan from student age 5 and graduation for student age 6. Tak sabar nak tengok what kind of persembahan tu. ekkkeekee...
Last Saturday (14 Nov) - Adam's Report Day. Jumpa cikgu2 kelas Adam and both said Adam ada banyak improvement dan selalu berebut nak jadik imam time kelas Fardhu Ain. Alhamdulillah... Mama harap Adam akan pandai semuanya sebelum naik darjah 1 nanti.
Nota kaki untuk Babah:
Ngeee.... betul ke nak sunatkan Adam cuti sekolah nanti ??? Tak rasa cam Adam tu kecik lagi ke??? Kesian dia bang, tak pandai lagi pun nak naik basikal BMX.
Daripada,
Mama Adam Zharfan

Tuesday, November 10, 2009

2012





Nak tengok movie ni ....

Cium Isteri

Pada suatu pagi, bertanya isteri pada si suami :
Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Kenapa?
Tiap pagi sebelum pegi keja, suami dia akan cium isterinya.
Bila balik keja, dia berikan isterinya sekuntum bunga ros.
Loving betullah mereka ye... kenapa abang tak buat macam tu?
.
.
.
.
.
.
selamba je suami tu jawab ...
.
.
.
Nak mampus... mana la abang kenal isteri dia?
.
.
.
kuang..kuang..kuang..

Monday, November 9, 2009

Tak cuti raya ke?

Ngeee... terdiam seketika bilamana soalan itu diajukan oleh bos sebentar tadi. And automatically kepala den geleng jo. Biaq betui hang tak cuti raya??? A'ah, raya haji pun dah dekat dan nampak gaya macam kena raya kat Shah Alam je... nak gak balik tapiiiiiiiiiiiiii takut budget bulan depan burst. Sebabnya... nak buat 18th months DPT immunisation Adib Zaquan lagi, p bercuti-cuti malaysia lagi, nak sunatkan Adam Zharfan lagi, nak bayar apa-apa yang patut Adam masuk tadika lagi, dan lagi dan lagi.
Kalaulah ada yang sudi tumpangkan pergi dan balik raya Kedah free of charge...

Friday, November 6, 2009

Kenduri Arwah

Arini kat rumah Kedah ... dengarnya jemputan dekat 500 orang. Wah, sesapa nak tumpang buat majlis kawen pun boleh! Terkilan... sebab tak dapat balik tolong habiskan nasik n lauk kenduri
Al-Fatihah buat semua arwah ...

Thursday, November 5, 2009

Not Well

I am not feeling very well now ... demam selsema & batuk since last few days.
But today getting worse. Lagi-lagi plak kena aircond.
Harap dapat bertahanlah sampai esok coz dah tak koser nak cuti-cuti lagi.

Saturday, October 31, 2009

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Memang puas hati and was recommended ... 45 minutes from Shah Alam & harga pun berbaloi-baloi.




Bergambar kat pantai sebelah restoran ni...



Ikan jenahak masak 3 rasa


Butter prawn, sotong goreng tepung, ketam goreng cili & jenahak bakar



Yummy, sehingga menjilat jari !


Best sangat and wish to come back again.

Saturday, October 24, 2009

Kembali Ke Rahmatullah

22/10/1924 - 24/10/2009
Hajjah Mariam binti Ibrahim, 85 tahun telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 6.30 pagi pada 24 Oktober 2009 bersamaan 5 Zulkaedah 1430H.
Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
AL-FATIHAH ...

Thursday, October 22, 2009

NAZA Ria Terbang

Exclusive - kejadian berlaku pagi tadi di atas landasan komuter sebelum stesen Subang Jaya.
Sudahnya, lambat sampai ofis sebab tren dah delay.


kat bawah kereta ni ada sorang lagi mangsa

pemandu kereta sedang diberi rawatan

petugas KTMB sedang memberi bantuan
dan saya hanya menjadi pemerhati dari dalam komuter.
Sekian laporan lintas langsung dari saya ...

Wednesday, October 21, 2009

nak share video ni .... kena concentrate & pls turn on your speaker.


http://kampung-chloe.blogspot.com/2009/10/you-must-cry-when-you-see-this.html

Tuesday, October 20, 2009

31 Tahun



today is my 31st birthday ...






nothing much special coz dah makin bertambah umur menjadikan hari ini lebih berumur daripada semalam.








tak best kan ;-)












Tapi, Alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan umurku sehingga ke hari ini di sisi suami dan anak-anak tercinta. Semoga hidupku ini sentiasa mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Nya. Amin.

Tuesday, October 13, 2009

Pergi Tak Kembali

Innalillahiwainnailahiroji'un ...
Pak Jang Hashim bin Shafie telah kembali ke Rahmatullah hari ini lebih kurang jam 9.30 pagi akibat sakit jantung. Semoga Rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman kepada Allah.
AL-FATIHAH.

Monday, October 5, 2009

Adib Pandai Cakap


CAT





inilah satu patah perkataan yang Adib selalu sebut dengan terang, jelas dan nyata....

Tengok lembu pun cakap Cat, kekadang kat Mama pun Adib sebut CAT.

Wakakaakaa. Mama kucing kah ini ???

Tidoq asing

Malam tadi, percubaan kali pertama Adam tidoq asing kat bilik lain.


TAPI ...





GAGAL, sebab mata dok terbeliak ja sampai kul 11pm sebab dah tidoq petang. Kalau tak, mesti berjaya punya percubaan ni. Last2 bawak masuk tidoq sekali.

Then ambik Adib bawak masuk tidoq bilik. Since Adib dah tidoq awal sejak kul 8pm tu ingat ok la tak bangun. Eh..eh.. alih-alih dah angkat bawak masuk bilik, dia boleh terjaga pulak. Then tengok abang dia pun belum tidoq, apalagi 2 hero tu pun buat macam2 aksi main sama2. Bergusti la.. bertepuk-tampar la.. menjerit tgh2 malam buta.

At last, kul 1.00 am Adam baru tidoq and Adib kul 3.30am baru tidoq dengan Karsih sebab Mama dah tak larat nak melayan Adib sampai kul 2.00am jer....


Haru betul!!! Sudahnya, pagi ni semua terlewat bangun.

Monday, September 28, 2009

Kerja selepas cuti raya

Dah mula kerja Jumaat lepas (25hb. Sept.) tetapi baru hari ni mula buat kerja ala-ala manja gitu. Al-maklumlah masih di dalam mood raya. Apakah mood raya ini akan terus berkekalan sehingga ke penghujung Syawal ;-p ??? Memang dasar pekerja yang sungguh tak produktif... ahaks!

Every weekend selepas ini adalah aktiviti memenuhi jemputan rumah terbuka dan menambahkan berat badan termasuklah membunciskan perut.

Pintu rumahku akan sentiasa terbuka, jika ada permintaan.

SELAMAT HARI RAYA.

Sunday, September 20, 2009