Saturday, April 16, 2011

wiken yang mencabar wehhh

ari ni ari sabtu yg sangat mencabar as mama for my 3 sons... adib demam smpai menggigil2 since malam tadi. dh makan ubat tapi still cmtu jugak. 1st time adib demam camtu ngn duduk terlepek ja. ha...time ni la dapat tengok adib duduk diam ja. kalau tak, jagan harap la.

dahla 1 hari ni ujan ja since paji smpai petang... pagi2 mama dh kna ke giant beli barang2 dapur skit n sebab angah sibuk mintak gula2. tu la, normally every wiken babah yang bawak pi kedai beli :(

balik dr beli brg dapur rehat jap..arini mmg malas nk masak n xdak mood lgsung nak masak. then tengok adib demam lagi, panas jugak. terus bwk ke klinik rosli, msti bg antibiotik jugak kot br nk ok. till then dh makan antibiotik, Alhamdulillah dah berpeluh n adib dh aktif sket n dah bleh mula menyakat along... that's the real adib is coming back.

ALHAMDULILLAH SYUKUR!

Friday, April 15, 2011

Bergelap save the earth

ptg semlm (14/4/2011) kt umah xdak karan since pukul 3.30 petang smpai pkul 8.30 mlm... 1st time la cmtu. anak2 kt umah kt gelisah + menangis2 kepanasan. adib la yg over teramat + xleh nk tgk cartoon kt TV lg. balik umah check tgk, umah kak Kat sebelah ada plak karan. tp umah untie ahso sebelah pn xdak. so rasa cm somethin ja, mntk no. TNB from hubby kt Kota Kinabalu. but then he called abg Rafiq jiran sebelah n also pak ya. TNB crew came n ckp ada power trip ke apa ntah kt main power cable... n bagitau nnti mlm br crew lain dtg ngn kren hidrolik dtg repair. huhu..malam?? mama dh cuak cmna la bebudak ni nnti bergelap.


eh..eh.. dh gelap pasang lilin rupanya tak takut anak2 mama terutama angah la. mama pasang api lilin, angah sibuk ja tiup bagi padam. ingat tiup lilin besday kek ke angah??? next month la angah tiup lilin besday kek. ini lilin nk bagi terang umah sket. dlm dok sibuk2 kt dapur layan along makan, tetiba dengar angah menjerit "terbakar"... rupanya dia ambik kertas n cucuh api kt lilin tu. huh..angah, angah... macam la dia ni. kan dh terbakar skit hujung jari tu. ish..ish..


ady pun menangis kepanasan n ngantuks sbb since ptg xleh tido. last2 mama start enjin keta bukak aircond n lampu kereta. bwk smua anak2 masuk dok dlm keta n layan DVD. baru la senyap n aman sekejap..


alhamdulillah lebey kurang pkul 8.30 malam crew TNB dtg repair n kembali TERANG KESEJUKAN. Alhamdulillah... klau x, entahla cmna nk lalui malam tu tanpa hubby kt umah :)

but i'm proud to be a bionic mama hahahaha....

Thursday, April 14, 2011

12oz per session


Alhamdulillah syukur pada Allah... sejak kebelakangan ni stok EBM semakin banyak. suka la Ady :-) sekali pam dapatla 12 oz, kurang2 pun 8-10 oz. alhamdulillah, syukur sgt2. yg penting minum air kosong byk2.... dan yang penting kna relax n tak pressure. klau dlm keadaan tertekan or rushing, ofkoslah production akan merudum...

Wednesday, April 13, 2011

3A's






tiada apa yang lebih membahagiakan mama selain dapat melihat mereka membesar di depan mata.... I ♥ U all. mmmmmmmmmmmuuuaaaaaaaaahhhhhhhh

Monday, April 11, 2011

Breastfeeding Gathering 2011


Registered.

InsyaAllah, akan turut serta dalam gathering ni. but without incik hubby :(

tak sabar rasanya nak bawa Adam n Adib.... Ady cmner ya. nak bawak ke tidak sebab gathering tu half day jugak, takut nnti Ady meragam nk tido ke apa plak....


Sunday, March 13, 2011

Saturday, January 8, 2011

8kg @ 14 weeks





Ady Zhafran baru lepas ambik jab for 3 months --> 5 in 1
lambat lebih kurang 2 minggu sbb Ady demam n selsema sblm tu...alhamdulillah langsung x nangis. and then bawak Ady pegi trim rambut bahagian depan yang dah panjang tu..bahagian belakang still tumbuh ala-ala manja gitu...cukur bantal.
Next month @ age 4 months plan nak ambik 1st dose of Rotavirus @ KPJ Selangor.

Wednesday, January 5, 2011

a bundle of joy!










here we go....
dh lama sgt x update blog ni semenjak menggila FB. so this time just update with d photos.
d picture can create more than thousand words...
HAPPY NEW YEAR 2011 ♥♥♥

Thursday, August 19, 2010

Sentimental

Ntah kenapa semalam 2 beradik tu jadik sentimental bila dengar kakaknya nak balik Indon nanti... huh!!! Adam Zharfan siap menangis tersedu-sedu x bagi Karsih balik bercuti 1 bulan setengah. Adib Zaquan bila dah tengok abangnya nangis, x semena-mena dia pun sentimental gakssss. Adam cakap siapa nak tolong bukak pintu pagar bila Adam balik sekolah nanti bila kakak xde, siapa nak mandikan Adam, siapa nak masak untuk Adam, siapa nak jaga Adib....
Mama nak tergelak pun ada tengok karenah Adam malam tadi. Adam beria-ia x bagi karsih balik Indon macam la orang tu nak balik esok. Mama bagitau Adam, kakak balik kg. lambat lagi la... lepas baby lahir baru kakak balik dan nanti kakak datang sini balik. Then, barula Adam cool skit n mula la tanya Mama macam2. Tanya nanti Mama ke yang tolong bukak pintu pagar, Mama x pergi kerja ke... Mama cuti panjang ye... bila dah expalain betul2 kat Adam, baru dia ok.
Then boleh plak Adam buat statement > haaaa, abang x sabar la mama nak tengok Addy keluar nanti comel macam abang kan mama????
kihkihkih... tersenyum panjang Mama dengar statement tu padahal dalam hati dah gelak sakan. Mama cakap mestila comel n hensem macam abang Adam n Adib... hehehehe!!!

Wednesday, August 18, 2010

Salam Ramadhan

Alhamdulillah... mama masih berpuasa hingga ke hari ini - 8 Ramadhan. Semoga dapat berpuasa penuh Ramadhan kali ni walaupun tengah sarat...
Isnin lepas buat rutin check up - 59kg n baby alhamdulillah!!! Harap2 mama bersalin ikut due date sbb nak beraya la dulu dan makan sepuas2nya. Mudah-mudahan....

Adam berjaya puasa penuh 1 hari je... lain-lain hari ada yang separuh, dan banyak yang tak penuh..huhuhu! Memang mencabar nak mendidik anak belajar berpuasa kan???

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua .....

Monday, July 26, 2010

Blog n FB

semenjak 2 menjak ni asyik ber FB hinggakan nak bukak n update blog pun malehhhh ....
sbtu lepas wat rutin check up (skrg dh every 2 weeks), berat badan dh cecah 57.1kg. wehuuuu, rekod berat time pregnant sblm2 ni pun cecah 60kg ja. rasanya kalini pregnant, berat bleh pecah rekod tu! another 8 more weeks to go... baby inside almost 2.2kg.
adam n adib was very excited dpt tgk bb kt screen... adam yg x sabar2 n slalu tanya bila 'ady' nak kluar, kenape lambat sgt nk kluar n macam2. rasanya kalau adib dh pandai cakap pun, dia akan tanya soalan yg sama. kihkihkih. tapi adib la yg selalu sgt cium perut mama....
mama harap bila bb dh lahir nanti, abang2nya akan sayang n jaga dia.

Friday, July 9, 2010

my wishlist ...

sebelum bersalin kali ni banyak sangat rasanya nak wat itu ini, nak makan itu ini, nak pegi sana sini.....

alhamdulillah wishlist nak tukar kereta yang selesa n luas skit dah tercapai. rezeki anak-anak. selamat tinggal WMJ 7252 yang telah banyak berjasa kepada kami sekeluarga, sedih la pulak :-(






welcome WUB 8760...
then... teringin plak nak makan lamb chop grilled. last2 dpt makan kt Victoria Station, PJ. urmm, yummy !!!
below-ordered by him ;-)
NOW... my last wishlist is to go cuti-cuti malaysia at d beach ....

Wednesday, June 30, 2010

persiapan awal


last mon. pegi shopping barang2 baby kt jusco sunway pyramid coz it's a last day for member's... arini dh order CD (cloth diapers) 10pcs. tu pun rasa mcm x cukup lagi coz adib n new coming baby also will pakai. stok yg ada msih x mengcukupi so kena order lagi.

Thursday, May 20, 2010

Happy 2nd Birthday to Adib Zaquan

Semoga menjadi anak yang soleh ...



Wednesday, March 3, 2010

Memang....

lama ya amat tak update...
malas menaip tahap gaban sebab terlalu banyak peristiwa pahit, manis, tawar, masin, payau etc. dalam tempoh masa tu. so tak dapat diluahkan dalam bentuk penulisan di sini.
semoga kalian mendoakan kesihatan yang terbaik untuk saya buat ketika ini.....

Friday, January 1, 2010

Salam Tahun 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua...

Wednesday, December 23, 2009

Adam dan Seluar

Adam sekarang dah boleh berlari TAPIIIII dengan tak pakai SELUAR. Alasannya, takut tapi sebenarnya dia ngilu je. Time nak tidoq pun tak nak pakai seluar... Ngeeee! Ah.. sudahnya asyik berkain pelikat babahnya saja. Sampai bila ???
Nota kaki: Mama sekarang amat bizi ...

Wednesday, December 9, 2009

Dah selamat

Stand by ...
Dah siap !


Alhamdulillah.... Adam Zharfan dah selamat berkhatan jam 8.45 pagi tadi kat Poliklinik SALAM, Seksyen 19 Shah Alam. Adam memang kuat dan berani. Mama bangga dengan Adam !!!

Monday, December 7, 2009

Happy Birthday Adam

Selamat Hari Lahir Yang Ke-5.
Mama doakan semoga Adam Zharfan menjadi anak soleh yang taat pada perintah ibubapa dan perintah Allah s.w.t. Mama harap semua yang baik-baik berlaku sepanjang perjalanan hidupmu sayang.
Happy Birthday !

Sunday, December 6, 2009

6th Wedding Anniversary

Dear Abang,

Another year to create precious memories together.
Another year to discover new things to enjoy about each other.
Another year to build a life rich in love and laughter.
Another year to strengthen a marriage that defines "forever".
Happy Anniversary !
Love u so much