Tuesday, February 3, 2009

D Latest

Adam Zharfan walaupun dah masuk tadika dekat 1 bulan masih tak biasakan diri lagi... cuma dah tak nangis kalau mood ok.
Pagi tadi mama keluar rumah lambat skit, apalagi Adam mula la buat perangai x nak pi sekolah sbb nampak mama. Then mama keluar dulu, dia terus nangis sampai kat sekolah. Mama pegi sekolah Adam nak bayar yuran then terus jumpa Cikgu Iza, cikgu kelas Adam. Cikgu ckp Adam dah ok skit cuma ikut mood dia kalau ada aktiviti dalam kelas. Time assembly pagi2 pun dia monyok je.. and mama nampak sendiri tadi Adam duduk je kat belakang sekali masa bebudak lain tgh baca doa n nyanyi lagu Negaraku. Bila cikgu dia panggil masuk dalam barisan, terus nangis je... Aikkk, x abis lagi. Adam...Adam....arini mood betul2 x ok.
Cikgu cakap Adam selalu tido time kelas fardhu ain sebelah petang.... TIDO ???Patutla Adam selalu cakap dia tido kat sekolah! Cikgu suggest Adam x payah ambik kelas tu lagi, sbb Adam letih n ngantuk time belajar petang. Tapi kalau kat rumah tengok cartoon satu hari sampai tgh malam pun tak ngantuk !!!
Adib Zaquan skrg merangkak dah laju. Pantang jumpa dinding atau tpt bergayut mesti bangun berdiri sendiri then dengan bangganya lepas dua-dua tangan. Wah..wah..wah.. ingat kalau jatuh tu atas tilam empuk atau kepala tu dah cukup keras gamaknya. Mama risau je tengok Adib... Kalau atas walker apatah lagi meluncur laju je macam meluncur salji.
Muka dah chubby macam Abang Adam dulu-dulu gak. Pantang tengok orang makan, Adib sibuk la nganga mulut mintak suapkan. Cuma Adib lum tumbuh gigi lagi la.

No comments: