Tuesday, February 17, 2009

Heavy Workload

Lama sangat tak update memandangkan beban kerja yang bertambah-tambah ni.. boleh dikatakan hari-hari mama dapat migrain.
Adam Zharfan dah semakin ok kat sekolah. Malam je Adam akan nyanyi atau baca apa yang dia dah belajar kat sekolah hari tu. Mama happy tengok progress Adam walaupun pelat still ada lagi. Tapi yang pastinya Adam tido time kelas petang....
Adib Zaquan plak dah tumbuh gigi sebatang kat atas sebelah kanan. At last tumbuh gigi gak masa umur dah nak masuk 9 bulan nih. Kira lambat jugak berbanding Adam dulu 7 bulan dah tumbuh gigi. Adib sekarang dah pandai berdiri sendiri tapi dengan bantuan kerusi atau dinding la. Kalau dah berdiri tu nak lepaskan tangan je...macam dah pandai. Ewah, ewah, ewah Adib ni suka buat mama cuak. Badan pun dah bulat. Mana taknya, pagi makan oat campur pisang. Tengahari, petang n malam makan bubur nasik. Susu pun kuat minum. Kan dah chubby.
Takpelah, mama sentiasa doakan Adam n Adib sihat selalu.

No comments: