Friday, June 26, 2009

Jacko Meninggal Dunia

Michael Jackson meninggal dunia pada 2.26 pagi Jumaat, waktu Malaysia akibat jantung gagal berfungsi.

Beliau berusia 50 tahun, mati dalam perjalanan ke Pusat Perubatan UCLA di Los Angeles, California terletak kira-kira 6 minit dari rumahnya.
Di CNN, abangnya, Jermaine Jackson berkata .. "May Allah be with you Michael"
Sebelum ini Michael dilaporkan memeluk Islam dengan menggunakan nama ‘Mikaeel’. Beliau dikata melafazkan syahadah di rumah temannya, David Wharnsby di hadapan iman di Los Angeles, California. Setakat ini, belum kedengaran laporan media barat membangkitkan isu berhubung status ugama dianuti bintang pop lagenda terbabit.

Semua percaya bedah siasat mayat akan dijalankan dalam tempoh terdekat dan kemudian upacara pengkebumian akan disempurnakan. Jika dakwaan Michael memeluk Islam sebelum kematiannya benar, pelbagai soalan harus dijawab masyarakat dunia. Rakaman temubual Jermaine bersama CNN pada jam 2.37 petang tadi TIDAK lagi menyiarkan kenyataan penuh Jermaine. Barangkali, di satu sudut dunia ada kelompok sedang membincangkan status pengkebumian penyanyi berusia 50 tahun itu.

No comments: