Monday, July 13, 2009

Facebook Ciptaan Yahudi


Tapak jaringan sosial, Facebook, Fb, dicipta pelajar jurusan sains komputer gagal menamatkan pengajian di Universiti Harvard, Mark Zuckerberg pada 4 februari 2004. Hampir 5 tahun kemudian, Fb kini dilaporkan mempunyai lebih 175 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.
Hakikatnya, penggunaan Fb menjadi kegilaan masyarakat dunia, tidak terkecuali Malaysia. Ahli politik, ahli perniagaan, artis, pelajar institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, pekerja sektor swasta dan kerajaan, antara pengguna berhubung dan bertukar maklumat melalui Fb. Malah ramai jarang tidur malam kerana taksub ‘melayan’ Fb hingga awal pagi dan kemudian mengantuk di pejabat, mengurangkan produktiviti. Segelintir leka membuang masa bersembang kosong tetapi dilabel ‘berkomunikasi’, justeru perlakuan terbabit diterima ramai. Pada masa sama majoriti mendakwa memanfaatkan fb mengikut keperluan masing-masing.

Maklumat berhubung latarbelakang Mark - beberapa fakta berhubung individu ke 321 terkaya di dunia itu, hartanya USD1.5 billion. Dia dilahirkan di New York, Amerika Syarikat. Ayah dan Ibunya, Edward dan Karen Zuckerberg berketurunan Yahudi. Maksudnya Mark Zuckerberg, Yahudi, sekaligus Fb, ciptaan Yahudi.

Selama ini umat Islam di seluruh dunia memboikot barangan keluaran Yahudi, khususnya produk berbentuk 'pilihan' bukan 'keperluan', mengapa tidak Fb?

1 comment:

Unknown said...

yaka,baru skrg i tau...
thx