Monday, July 27, 2009

Weekend yang "MENARIK"

25 Julai 2009, Sabtu

Dinner at http://www.nailisplace.com/html/outlet_sentul.html
Was interested and recommended!!!


Makan bersila atas verandah


Special snack - Ubi Rebus
Steamed Tapioca served with Sambal and Sweet Coconut


Then, ambik angin kat




Best....
THEN;
26 Julai 2009, Ahad
Pegi beli barang dapur kat Giant Stadium. Mama telah mengalami saat-saat getir di dalam hidup untuk selama 20 minit... SUSPEN
Mama ke kaunter customer service untuk redeem barang. Memang ler jalan menonong laju je sebab nak cepat. Sebelum tu dah inform Babah suruh tunggu Mama kat situ jer ngan Adam coz troli dah penuh. Karsih n Adib ikut Mama dari belakang, tu pun perasan dia ikut masa dah sampai kat kaunter. And I was assumed that memang Adam ngan Babah masa tu. And lepas redeem, terus melilau carik Babah sampai ke food court. Tetiba lak Babah datang tanya mana Adam.
HAH????? kenapa lak tanya Mama dan masing-masing mengambil langkah untuk menjejaki Adam dan bermulalah episod;
Tragedi 20 MINIT KEHILANGAN ADAM ZHARFAN
Air mata Mama dah mula meleleh-leleh masa cari Adam. 1st round carik takde, 2nd round tawakal je pegi kat tempat redeem tadi. Then ternampak sorang security guard tengah pegang sorang budak pakai baju merah tengah nangis2. Guard tu tengah bersiap-sedia nak buat announcement tentang kehilangan sorang budak lelaki berbaju merah mencari parentsnya yang berbaju putih dan biru....
Mama rasa cam nak menjerit je bila nampak yang budak berbaju merah tu adalah anak Mama, Adam Zharfan. Hu..hu.. Mama terus lari peluk Adam and guard tu menonong pegi dari situ. Tak sempat Mama nak ucap terima kasih kat dia. Adam cam trauma skit masa tu... Mama peluk Adam buat seketika untuk cool... Alhamdulillah.
Agak-agak kat mana la guard tu jumpa Adam ekk? Nasib baik dia yang jumpa, kalau orang yang jumpa tu berniat tidak baik? Hish, ngeriiiiiii.
SALAH SIAPA... ???
SALAH SEMUA (MAMA, BABAH & KARSIH)
Any objections?
Moral of the story :- Sentiasa pegang/awasi anak anda semasa berada di luar rumah...

2 comments:

khadijah said...

akak pun pernah hilang anak masa tgh oder makanan kat kfc, ingatkan dia dengan ayahnya..rupanya ikut belakang akak dan dia terlajak ikut org len kuar dari kfc tu...cari punya cari jumpa dlm suppermarket, dia tgh melilau cari ibu...sib baik org tak sambar..memang ngeri...lain kali kita semua kena berhati2...

Unknown said...

pergh,nasib baik jumpa balik...