Thursday, July 30, 2009

Nur Kasih



Sinopsis Nur Kasih Episod 10 @ 31 Julai 2009

Ketika menjalani hukuman penjara, Adam mula sedar dan insaf dengan kesilapannya. Selepas dibebaskan, Adam kembali ke rumahnya dan berhasrat untuk membawa Katrina kembali ke pangkal jalan. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.Nur Amina nekad untuk menceritakan segala-galanya kepada keluarganya. Dia pulang ke kampung setelah sekian lama tidak kembali. Ketika tiba di kampung, Aidil menelefonnya dan memberitahu tentang kepulangan Adam. Adam dan Katrina tiba di Malaysia. Aidil melarang Adam membawa Katrina bertemu dengan ibunya. Aidil meminta Adam menyelesaikan segala masalah yang telah timbul di antara dia dan Nur Amina.


Really love and admired this story... ♥♥♥
Belum missed since episod 1.

Monday, July 27, 2009

Weekend yang "MENARIK"

25 Julai 2009, Sabtu

Dinner at http://www.nailisplace.com/html/outlet_sentul.html
Was interested and recommended!!!


Makan bersila atas verandah


Special snack - Ubi Rebus
Steamed Tapioca served with Sambal and Sweet Coconut


Then, ambik angin kat




Best....
THEN;
26 Julai 2009, Ahad
Pegi beli barang dapur kat Giant Stadium. Mama telah mengalami saat-saat getir di dalam hidup untuk selama 20 minit... SUSPEN
Mama ke kaunter customer service untuk redeem barang. Memang ler jalan menonong laju je sebab nak cepat. Sebelum tu dah inform Babah suruh tunggu Mama kat situ jer ngan Adam coz troli dah penuh. Karsih n Adib ikut Mama dari belakang, tu pun perasan dia ikut masa dah sampai kat kaunter. And I was assumed that memang Adam ngan Babah masa tu. And lepas redeem, terus melilau carik Babah sampai ke food court. Tetiba lak Babah datang tanya mana Adam.
HAH????? kenapa lak tanya Mama dan masing-masing mengambil langkah untuk menjejaki Adam dan bermulalah episod;
Tragedi 20 MINIT KEHILANGAN ADAM ZHARFAN
Air mata Mama dah mula meleleh-leleh masa cari Adam. 1st round carik takde, 2nd round tawakal je pegi kat tempat redeem tadi. Then ternampak sorang security guard tengah pegang sorang budak pakai baju merah tengah nangis2. Guard tu tengah bersiap-sedia nak buat announcement tentang kehilangan sorang budak lelaki berbaju merah mencari parentsnya yang berbaju putih dan biru....
Mama rasa cam nak menjerit je bila nampak yang budak berbaju merah tu adalah anak Mama, Adam Zharfan. Hu..hu.. Mama terus lari peluk Adam and guard tu menonong pegi dari situ. Tak sempat Mama nak ucap terima kasih kat dia. Adam cam trauma skit masa tu... Mama peluk Adam buat seketika untuk cool... Alhamdulillah.
Agak-agak kat mana la guard tu jumpa Adam ekk? Nasib baik dia yang jumpa, kalau orang yang jumpa tu berniat tidak baik? Hish, ngeriiiiiii.
SALAH SIAPA... ???
SALAH SEMUA (MAMA, BABAH & KARSIH)
Any objections?
Moral of the story :- Sentiasa pegang/awasi anak anda semasa berada di luar rumah...

Friday, July 24, 2009

Layanz

TOLONG la layanz 1st song kat sebelah ... ©
;-) To Babah, jangan marah ha!

Thursday, July 23, 2009

Tutorial ♥®©™

1st silibus - Untuk membuat simbol , tekan alt+3.
2nd - Registered mark.. Apakah itu registered mark? Ini ye ... ® ← nampak tu?
Baiklah, caranya sama jugak, tekan alt+0174.
3rd - Copyright ©, tekan alt+0169.
4rd - Trademark ™, tekan alt+0153.
Thanks to CY n ML ©.
Sekian dahulu sesi tutorial kali ini. Sehingga ketemu lagi di lain masa & hari. GIGIH.
Nota kaki: Sila pastikan NumLock anda diaktifkan. Kalau masih tak berjaya, sila minum air rebusan blog mama ini. GERENTI berjaya.

Gigihnyer...

Gigih betul mama dok menggodek blog arini. Akhirnya.... muncul dengan wajah baru. Nampak cam serabut kah ??? Gigihnyer ...

Wednesday, July 22, 2009

Monday, July 13, 2009

Facebook Ciptaan Yahudi


Tapak jaringan sosial, Facebook, Fb, dicipta pelajar jurusan sains komputer gagal menamatkan pengajian di Universiti Harvard, Mark Zuckerberg pada 4 februari 2004. Hampir 5 tahun kemudian, Fb kini dilaporkan mempunyai lebih 175 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.
Hakikatnya, penggunaan Fb menjadi kegilaan masyarakat dunia, tidak terkecuali Malaysia. Ahli politik, ahli perniagaan, artis, pelajar institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, pekerja sektor swasta dan kerajaan, antara pengguna berhubung dan bertukar maklumat melalui Fb. Malah ramai jarang tidur malam kerana taksub ‘melayan’ Fb hingga awal pagi dan kemudian mengantuk di pejabat, mengurangkan produktiviti. Segelintir leka membuang masa bersembang kosong tetapi dilabel ‘berkomunikasi’, justeru perlakuan terbabit diterima ramai. Pada masa sama majoriti mendakwa memanfaatkan fb mengikut keperluan masing-masing.

Maklumat berhubung latarbelakang Mark - beberapa fakta berhubung individu ke 321 terkaya di dunia itu, hartanya USD1.5 billion. Dia dilahirkan di New York, Amerika Syarikat. Ayah dan Ibunya, Edward dan Karen Zuckerberg berketurunan Yahudi. Maksudnya Mark Zuckerberg, Yahudi, sekaligus Fb, ciptaan Yahudi.

Selama ini umat Islam di seluruh dunia memboikot barangan keluaran Yahudi, khususnya produk berbentuk 'pilihan' bukan 'keperluan', mengapa tidak Fb?