Thursday, December 4, 2008

Bulan Sakit

Salam, i'm back setelah lama jugak tak menulis dlm blog ni. Tersangat sibuk dengan urusan kat rumah dan juga tempat kerja. Bulan sakit... cam pelik je title aku tulis kali ni. Orang dok sibuk ngan Bulan Senyum, aku plak Bulan Sakit.... mana taknya, sepanjang bulan November hingga ke hari ini tak putus-putus orang dalam rumah aku tu dapat penyakit.
ADIB - Mula dengan Adib DEMAM PANAS pada 5 Nov.2008 and admitted SMC on 7 Nov. for 4 days 3 nights. Dah discharged on 10 Nov then demam balik 13 Nov. plus cirit birit n muntah plak dah. Then bawak jumpa paed. Dr. Yasmin ambik stool Adib, confirm kena infection ROTAVIRUS. Arrgghhh... doc. bagi Hexbio sejenis probiotic campur ngan susu. Alhamdulillah 3 hari dah ok. Satu hari bangun pagi tengok mata Adib penuh ngan tahi mata.Dah sakit mata lak...asyik keluar je tahi mata greenish. Jumpa doc lagi bagi ubat titis mata. Dekat seminggu gak nak baik. Sekarang dah masuk 5 hari Adib dapat batuk ngan selsema. Kesian, malam je susah nak tido batuk teruk n hidung tersumbat.
ADAM - Demam sekejap n also kena cirit birit ngan muntah. Maybe terkena gak jangkitan Rotavirus sbb mmg ia boleh berjangkit. Tapi Adam cepat cover maybe antibody dia dah kuat. Alhamdulillah, sejak Adam umur 3 tahun dah kurang dapat demam or selsema. Kalau tak dulu, tiap2 bulan demam n selsema je.
MAMA - Huh...tak sangka plak mama pun kena demam panas teruk ngn cirit birit. dekat 3 hari jugak tak larat nak bangun. Makan pun xde selera. Nasib baik ada Karsih (maid) dapat jugak handle Adam n Adib n kerja rumah. Betul la orang cakap, kalau mak yang sakit habislah satu rumah tergendala....
KARSIH - Maid aku plak mengadu pusing2 kepala (pening) ngna sakit badan. aku bagi dia makan ponstan ngan panadol. tapi xla teruk sgt rasanya sbb aku tengok dia buat keja cm biasa. dia makan ubat for 3 days then aku tanya dia cakap dh ok. kalau dia sakit, habislah.........
BABAH - Dapat demam panas gak... tapi on off. Dah makan ubat ok sekejap. Then babah kena pi site kat sg udang for a week. balik ari jumaat tu demam lagi. tapi sempat lagi pi main bowling tournament kt damansara ari sabtu..... balik main bowling terus je baring sampai la ke hari isnin (3 dec.). pegi klinik ambik ubat demam lagi n suggest ambik darah. tengok2 plat darah merah kurang and doc. suspect denggi coz mmg area shah alam tu famous ngan kes denggi lately. Ari selasa malam terus suruh hubby gi SMC buat follow up, risau denggi ni bahaya. Admitted SMC. kena drip almost 3 bottle. Semalam suruh hubby minum air 100 plus banyak2 n makan sup ketam. SUP KETAM? Hah...mak aku petua makan tu and buat pertama kalinya dalam hidup aku beli, cuci and masak ketam. tu pun nasib baik pekerja kat Giant tu sanggup nak tolong aku potongkan ketam bunga tu. kalau tak, entah macamana aku nak proses potong ketam. Tapi demi suami aku tercinta tu aku sanggup buat semua tu... tahan je la hidung time cuci n masak ketam. Maklumla, aku ni mmg tak makan ketam. ALLERGIC!
Alhamdulillah, pagi td hubby call cakap dah leh discharged petang ni. Huh, lega sbb pertama -hubby dh ok. Kedua - yahoo... dapat la balik raya haji kat kedah hari sabtu ni. Kalau tak, rugi je aku puas memujuk bos aku approved kan cuti aku on 9 n 10 dec tu... nak buat aqiqah untuk Adib raya kedua (9 dec.). bos memula xnak approved sbb ada Exco Meeting plak on 10 dec tapi xkan aku x balik masa aqiqah tu..... tak boleh jadik. tapi akhirnya cuti aku diluluskan. YAHOO!!!
HOME SWEET HOME - Petang ni lepas keja nak jemput hubby kat SMC bwk balik rumah. WELCOME HOME!
Begitulah al kisahnya BULAN SAKIT.

No comments: