Tuesday, June 30, 2009

FAQS Cloth Diaper






Cita-citaku nak buat collections...

Friday, June 26, 2009

Jacko Meninggal Dunia

Michael Jackson meninggal dunia pada 2.26 pagi Jumaat, waktu Malaysia akibat jantung gagal berfungsi.

Beliau berusia 50 tahun, mati dalam perjalanan ke Pusat Perubatan UCLA di Los Angeles, California terletak kira-kira 6 minit dari rumahnya.
Di CNN, abangnya, Jermaine Jackson berkata .. "May Allah be with you Michael"
Sebelum ini Michael dilaporkan memeluk Islam dengan menggunakan nama ‘Mikaeel’. Beliau dikata melafazkan syahadah di rumah temannya, David Wharnsby di hadapan iman di Los Angeles, California. Setakat ini, belum kedengaran laporan media barat membangkitkan isu berhubung status ugama dianuti bintang pop lagenda terbabit.

Semua percaya bedah siasat mayat akan dijalankan dalam tempoh terdekat dan kemudian upacara pengkebumian akan disempurnakan. Jika dakwaan Michael memeluk Islam sebelum kematiannya benar, pelbagai soalan harus dijawab masyarakat dunia. Rakaman temubual Jermaine bersama CNN pada jam 2.37 petang tadi TIDAK lagi menyiarkan kenyataan penuh Jermaine. Barangkali, di satu sudut dunia ada kelompok sedang membincangkan status pengkebumian penyanyi berusia 50 tahun itu.

Monday, June 22, 2009

Cute Fish Spa







Sempat lagi menyelit time lunch tadi kat CM... ahaks !!! Geli jer time ikan-ikan tu mengigit. Mama pilih ikan yang kecik je, ada gak ikan yang besaq skit. Takut angkat kaki je tinggal tulang kang. RM5 for 10 minutes.

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

21st June 2009 - Selamat Hari Bapa kepada Encik Mohd Fadzil bin Hj Mahat, Encik Ahmad Pauzi bin Shafie dan juga Encik Haji Mahat. Semoga sentiasa sihat dan dilimpahi Rahmat-Nya.
F.A.T.H.E.R.S.
"F" aithful.
"A" lways there.
"T" rustworthy.
"H" onoring.
"E" ver-loving.
"R" ighteous.
"S" upportive.

Saturday, June 20, 2009

Sport's Day


Adam tengah bersenamrobik




Dalam perbarisan (no.3 dari depan)



Was so excited with the present (money-box)

20 Jun 2009 @ Padang Sek. Ren. Keb. Seksyen 18 Shah Alam.

Sukan Tahunan Tadika Tunas Bestari 2009 - Mama happy tengok gelagat Adam. Mula-mula Adam nampak cool je start dalam perbarisan nyanyi lagu Negaraku, senamrobik dll. But then hujan lebat plak. Memang terbantut mood bebudak tu...kesian ada yang kena main juga dalam hujan dan becak. But that one is the best experience for them sebab kalau hari-hari biasa dah tentu kena marah sebab main hujan ; - )

Adam join group activity, Mama tak dapat nak snap gambar Adam masa tu sebab takut nanti spoil mood dia... so terpaksala zoom dari jauh jer.

Thursday, June 18, 2009

G6PD Deficiency

G6PD = glucose-6-phosphate dehydrogenase

Kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit, ia adalah satu fenomena keturunan (genetik) yang kebiasaannya dialami bayi lelaki. Beliau berkata, pada dasarnya G6PD tidak berbahaya tetapi jika ‘pantang larang’ dilanggar, proses hemolisis boleh berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau pitam. Walaupun dianggap perkara lumrah, ibu bapa atau penghidap G6PD perlu berwaspada tambahan pula perpecahan sel darah merah berikutan proses hemolisis yang teruk boleh membawa kepada demam kuning, anemia atau buah pinggang rosak jika tidak mendapatkan rawatan segera. Ibu bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan bayi mereka. Seperti kanak-kanak lain, mereka akan membesar secara normal tetapi kekurangan enzim ini akan berlanjutan hingga mereka dewasa. Cuma pastikan mereka dijauhkan daripada bahan yang boleh membawa komplikasi.
“Dari sudut penggunaan ubat, sesetengahnya boleh mengundang bahaya seperti ubat gegat atau anti malaria. Ibu bapa perlu memaklumkan kepada doktor mengenai kekurangan enzim ini bagi memudahkan pemberian ubat terutama ketika bayi mereka demam atau sebagainya. Antara makanan yang perlu dijauhi pula kacang parang. Tanda utama yang boleh dikesan jika bayi terdedah kepada benda larangan ialah kencing berdarah. Darah yang pecah itu serta merta akan tersumbat di saluran kencing. Ibu bapa perlu segera membawa anak ke hospital bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Dianggarkan, kira-kira 10 peratus daripada populasi penduduk dunia mengalami kekurangan enzim G6PD namun sebahagian besar terdiri daripada masyarakat kulit hitam, Itali, Greek serta Asia dan uniknya ia dikenali sebagai ‘sex-linked enzyme defect’ apabila sering dihadapi bayi lelaki. Selalunya kekurangan enzim ini diketahui sebaik saja bayi dilahirkan. Contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis bagi mengetahui jenis darah, kekurangan G6PD, tahap bilirumin dan sebagainya. Antara tanda awal, bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundis (demam kuning) yang agak lama pada hari pertama kelahiran lagi. “Apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD biasanya dibekalkan ‘rantai perubatan’ yang menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Ia membantu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian.
Kenapa lelaki? Ketidaknormal gen bertanggungjawab terhadap kekurangan enzim ini yang biasanya mensasarkan kromosom X. Disebabkan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, mereka lebih berpotensi mengalaminya berbanding bayi perempuan yang mempunyai dua kromosom X. Apabila satu mengalami kekurangan enzim, satu lagi normal menjadikan enzim perempuan lebih seimbang. Begitupun, G6PD mempunyai beberapa tahap bergantung kepada peratusan kehilangan enzim terbabit. Dari segi perubatan, ia bukan penyakit dan semestinya tiada ubat untuk kekurangan enzim ini. Seperti perkara yang membabitkan genetik lain, contohnya warna rambut atau anak mata, G6PD juga tidak akan berubah malah akan dialami seumur hidup. Sementara itu, darjah ketinggian proses hemolisis pula mengikut kadar pendedahan kepada ubat-ubatan tertentu seperti primaquine dan hydroxychloroquine (anti malaria), sulfonamides, ubat gatal dan dapsone. Jika termakan kacang parang pula, ia boleh menyebabkan demam, sakit belakang, pening dan menggeletar selain pneumonia.
Larangan - kacang parang, ubat gegat, anti malaria, ubat gatal, sulfonamides, dapsone
Serangan - sesak nafas, pitam, demam, sakit belakang, pening, menggigil, pneumonia.
Tanda - kencing berdarah, kuning

Monday, June 15, 2009

Pagi Yang ...

Bermula dengan awal *Pagi Yang Menjalankan Operasi Membunuh Nyamuk. Bermula lebih kurang jam 1.30 pagi dah start. Pelik sungguh lately banyak sangat nyamuk kat dalam rumah tu. Then sampai la operasi terakhir kul 5.45 pagi baru la nyenyak skit tidoq. Kesian Adib, muka ngan kaki penuh kena paku ngan nyamuk durjana. *Pagi Yang Begitu Mengujakan Bagi Adam. Bangun awal sebab dah tak sabar-sabar nak pi sekolah. Maklumlah dah dua minggu cuti sekolah asyik memerap kat rumah tengok cartoon jerk. Penah gak Adam cakap dia boring kat rumah n nak pegi sekolah. *Pagi Yang Begitu Stress dan Tension Buat Mama. Mana taknya, tunggu train komuter yang delay hampir 60 MINIT. Kalau dah delayed, seperti biasa tentunya manusia kat dalam tren padat giler... ikan kat dalam tin sardin pun tak padat macam tu! PELIK dengan kekebalan pihak KTBM, just do nothing.

Thursday, June 11, 2009

Suspen !!!



Ya Allah, ni anak sapa ni ???





Ha tu dia... baiiikkk punya dok mengadap sebalang maruku. Macam la gigi dah penuh. Last-last tercekik :-) Ha, ha, ha. (Abang gelakkan Adik)

Kepala Adib tu kene tepek bedak sejuk sebab baru lepas botakkan kepala. Rimas, rambut dah panjang. Malam tadi badan cam panas skit, alih-alih pagi tadi bangun - DEMAM!

Tuesday, June 9, 2009

Syiok

Ntah nape Mama syiok sangat lagu ni dari dulu sampai la ni ... saja je layan. Also dedicate to my hubby!


I Live My Life For You by Firehouse
You know you're everything to me
And I could never see
The two of us apart
And you know I give myself to you
And no matter what you do
I promise you my heart
I've built my world around you and I want you to know
I need you like I've never needed anyone before
Chorus:
I live my life for you
I want to be by your side in everything that you do
And if there's only one thing you can believe is true
I live my life for you
I dedicate my life to you, you know that I would die for you
But our love would last forever
And I will always be with you and there is nothing we can't do
As long as we're together
I just can't live without you and I want you to know
I need you like I've never needed anyone before

Monday, June 8, 2009

MMR

07 June 2009,10.30am - suntikan vaksin MMR (measles, mumps, rubella)
Dose 1 at ages 12 months and dose 2 at ages 6 years. The most common adverse events following the MMR vaccine are pain where the vaccine is given, fever, a mild rash, and swollen glands in the cheeks or neck. Alhamdulillah, setakat ni Adib ok je tapi semalam ajak jalan2 kat padang pun tak nak, sengal kaki rasanya. Next appt. on 20/11/2009 at age 18 months for DPT (Diphtheria, Pertusis & Tetanus)/ DT (Diphtheria & Tetanus) & Polio.

Wednesday, June 3, 2009

Kritik

Mengkritik dan dikritik.... semua orang pandai dan suka mengkritik tetapi tak sorang pun suka dikritik. For me, mengkritik tak semestinya membenci atau menjatuhkan seseorang. Cuba belajar menerima apabila dikritik... cuba memaafkan dan dimaafkan. Sentiasa bersangka baik.
"Don't regret anything that ever made u smile"

Saturday, May 23, 2009

Main Bowling



Aksi-aksi bakal pemain bowling dunia.


Report Day

Group photo kelas 5 Success - Adam tengah moody.








Group photo kelas Fardhu Ain. Comei kan Adam!
Hasrul Iman - Adam's Buddy


Report Day Tadika Tunas Bistari - jumpa Cikgu Iza (guru kelas) dan Cikgu Mimi (kelas Fadhu Ain). Both said Adam need more improvement terutama dalam aktiviti kelas. Adam buat aktiviti selalu ikut mood je... kalau rasa nak buat, dia akan buat. And Adam tak suka mewarna, that's why kalau tengok dia color cincai saja :-)

Tapi Mama percaya Adam boleh improved lagi. So secara keseluruhannya, cikgu bagi pencapaian sederhana dan ada potensi untuk maju.

Wednesday, May 20, 2009

Happy 1st Birthday Adib Zaquan







Tanggal 20 Mei 2008 jam 4.30 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya, lahirlah seorang lagi permata hati Mama dengan berat 3.925kg yang diberi nama Adib Zaquan (seorang yang berakhlak mulia dan berpengetahuan tinggi). Mudah-mudahan menjadi seorang insan seindah namanya.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU


Cepat betul masa berlalu, Adib Zaquan dah genap setahun. Perkembangan terkini - dah boleh jalan, takut-takut berani. 1st time jalan banyak langkah Mama tengok pada malam 16 Mei 2009 tu. Adib totally different with Adam. Mama tengok Adib ni 'keras' sikit berbanding Adam yang lebih sentimental... Malam tadi pun Mama tak boleh tidoq, sebab terkenangkan detik dan saat melahirkan Adib tahun lepas. Lebih 8 jam menahan sakit di labour room tu. Entahlah, memang Mama sedikit emosi jika teringatkan detik tu... masa lahirkan Adam dulu Mama tak dapat merasainya (emergency C-Sect->breech).

Monday, May 11, 2009

Zoom in Malacca




Scene at Zoo Malacca. Adam n Adib was so excited.
The best part is Babah with the elephant show ;-)




The ultimate viewing experience from 80 metres high at Menara Taming Sari. The 1st revolving 'Gyro Tower' in Malaysia.



Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day

Selamat Hari Ibu untuk mak tersayang, Puan Basarah binti Endut. Semoga Allah sentiasa limpahkan Rahmat, panjangkan umur, sihat dan murah rezeki. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi dan jasamu...


Mama pun banyak dapat wish. Mama bangga dapat menjadi seorang ibu kepada anak-anak Mama - Adam Zharfan dan juga Adib Zaquan. Hanya seorang ibu dapat melalui dan merasai pengalaman seorang ibu...

A mother's love

Is always true

It's all you need

To get you through

A mother's love

Can seem like hate

She's only tough

To keep you safe

A mother's love

Is always there

In simple ways

She'll show she cares

A mother's love

Can never compare

With anyone else's

Anywhere

A mother's love

Is here to stay

I love you, mom

Happy Mother's Day!

Wednesday, May 6, 2009

D Latest



Ni gambar Adam masa tengah demam.. tidoq keletihan. Kesian.. tapi Adib steady je, tetap nak berkepit dengan Abang walaupun Mama keep quarantine them each other.
Alhamdulillah, hari ni Adam dah pegi sekolah. Demam pun dah recover skit.









Adib kalau bab posing memang pandai. Control cute dengan bantal bushuk !

Tuesday, May 5, 2009

Kisah Demam

Masuk hari ni Adam dah demam dekat 5 hari dah. Makan ubat demam dah dekat nak habis sebotol pun still tak kebah2 demam tu... konpius n risau jugak. Selsema ngan batuk dah makin kurang, cuma demam je time malam makin panas. Kalau tak recover gak dalam 2-3 hari lagi, kenala warded kat SMC tu... Makan pun tak nak, so badan dah kering. Adib lak makin debab, pantang nampak makanan mesti ternganga je mulut.
Bukannya apa, boleh dikatakan setiap bulan Adam demam selsema, so ponteng la sekolah. Ni dah 2 hari Adam tak pi sekolah. Mama pun dah tak tau nak buat camana lagi nak bagi antibody Adam kuat sket macam Adib. Makan Scott Emulsion, vitamin C, multivitamin dah try. Ingat lepas ni nak cuba bagi minum madu lebah tiap2 hari. Mama percaya sangat Adib nyer antibody kuat sebab dapat full brestfeeding lebih lama berbanding Adam dulu. Mana taknya, Adam tengah demam, batuk n selsema tapi Adib Alhamdulillah steady je. Tu pun Mama keep quarantine Adam. Kalau Adib demam or selsema pun, dia cepat recover. ALHAMDULILLAH !!!
Mama sentiasa mendoakan anak-anak Mama sihat .

Monday, April 27, 2009

Monday Blues

All my love


Stay cute


Cool


Seperti biasa kalau hari Isnin - Monday Blues. Buat keja pun ala-ala malas gitu... tu yang sempat tulis blog ni, kalau time tak sibuk la. Tapi kalau heavy workload, no more Monday blues!!!

Lega rasanya bila dah settle AGM hari Sabtu lepas. Dah kurang la skit workload mama. Plan nak pegi 'Zoom Malaysia' a.k.a cuti-cuti malaysia tak menjadi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan ;(


Tapi semalam sempat jugak Zoom kat Tasik Shah Alam ...

Monday, April 20, 2009

11 Bulan


Arini Adib dah genap 11 bulan... masih belum boleh jalan. cakap pun belum lagi. makin manja dengan babah. dah tak heran kat mama kalau babah ada. kekadang pun buat tak heran ngan mama kalau dengan karsih. mama terasa hati la jugak bila kekadang Adib tak nak tido ngan mama, kalau tido pun tak nyenyak. tapi kalau dengan karsih, huh tido sampai berdengkur :(

Malam minggu aritu memang mama nak ambik Adib tido ngan mama. tup-tup nak bukak pintu bilik karsih, dia dah kunci pintu. Macam tak bagi mama ambik Adib je ....geram betul ! sebab sebelum tu mama dah inform nak ambik Adib tido ngan mama.

Abang Adam sekarang dah pandai jaga n kawan ngan Adib. Happy sangat tengok time dua beradik ni main sama2.